Khamis, 1 Oktober 2015

HARTA MB PAHANG





MB Pahang Isytihar Harta: Apakah Status Terkini?

Warga Pahang menyambut baik pengumuman Menteri Besar Pahang  Adnan Yaakob pada 25hb Ogos tahun ini di mana Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang akan mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Sedangkan tindakan pengisytiharan harta Kerajaan Pahang ini kelihatan lewat jika dibandingkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah berbuat demikian pada tahun 2012, Adnan Yaakob merupakan Menteri Besar Barisan Nasional pertama yang membuat keputusan untuk mengisytiharkan hartanya dan wajar menerima pujian.

Namun, saya mendapati bahawa tidak kelihatan sebarang tindakan susulan berikutan pengumuman YAB Menteri Besar Pahang sebulan yang lalu sedangkan  Adnan Yaakob berjanji bahawa pengisytiharan harta hanya akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minggu[1].

Persoalan yang ditimbulkan, adakah Kerajaan Pahang akan mengotakan janjinya dan mengisytiharkan harta Menteri Besar, Barisan 10 Exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri[2]?

Dengan ini, saya menggesa Kerajaan Pahang supaya menunaikan janji mereka dan mengisytiharkan harta pimpinan Kerajaan Negeri dengan kadar segera. Pengambilan masa yang terlalu panjang bagi menyediakan dokumen harta hanya akan menimbulkan kemusykilan orang ramai sama ada timbulnya sebarang kesulitan atau terdapat pengubahsuaian yang perlu dibuat dalam akaun mereka.

Selain itu, pengisytiharan harta ini tidak harus dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sahaja, tetapi harus dilaporkan di dalam media massa kerana semua warga Pahang berhak untuk mengetahui harta-harta yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini merupakan cara yang terbaik bagi membuktikan integriti seseorang pemimpin.

Akhir sekali, saya berharap agar semua Ahli Kabinet Kerajaan Barisan Nasional, termasuklah Perdana Menteri Najib Razak yang berasal dari Pahang dapat meneladani tindakan Kerajaan Pahang dan umumkan hartanya dengan segera, bagi menjelaskan isu RM2.6 billion kutipan derma yang diterimanya.


Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan AMK Pusat






--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Pahang kaya raya lah Abang

Murah Rezeki sudah....

Kalau tak kaya ber gaya tok sah jadi Orang lah

Jadi BON BON saja senang

Mat Bahalol boleh aper

Satu Dua Bilyon dalam bank kira okay gak aper

DIDI KOTA BELUD berkata...

Hurmmmmmm.....dia ni fuck face...dimotherfuckernya kita..sambil mengucap..what the fuck..last last mesti dia bilang..i dont give a fuck....let them fuck they self...kakakakkakaka...fuck face..always fucking shit around...mcm biasa...muka kerapu batang...kasi ubatlah resdung tu nan oiiiii....sungai pahang rindukan mu...eh..eh..eh..masih adaaa telingaaa dia....kakkakaka....fuckkkkkkkk cheater.

panglimo potaseh berkata...

Sikalang Malaysia punya hat .. Lu mau istihar apa pun gwa sudah satu sen pun tak percaya .. semua miacam cicak kobeng walna buleh tukar punya.

Tapi saya mau tanya itu Pahang punya MB, untuk yang ke selatut kali .. Itu Kemelan Highland punya hak, apa hat .. belapa pegawai sudah kena tangkap. Itu lombong boksit udala melah punya siapa bagi kelulusan. Itu MB Pahang sudah lama tak de tunjuk itu signal "kepala butuh" apa pasal, lu sudah jadi baik ke.