Jumaat, 9 Oktober 2015

RACUN SANTAU UNTUK RAKYAT









SANTAU 
RADIO AKTIF

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

HENTIKAN KEGIATAN 

PERLOMBONGAN 

BAUKSIT

Susulan laporan akhbar NST bertarikh 8 Oktober 2015. Mengesahkan bahawa kegiatan perlombongan bauksit memberikan kesan berbahaya kepada orang ramai, maka kerajaan negeri dituntut untuk memberhentikan serta merta semua aktiviti berkaitan sehingga satu Kajian Kesan kepada Alam sekitar dan orang ramai dilakukan.

rakyat supaya diadakan satu kaedah kawalan dan pemantauan berkesan selama ini adalah berasas dan ini diakui oleh Kementerian sumber Asli dan Alam Sekitar melalui laporan akhbar NST yang sama. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan dan semua pihak yang terbabit untuk meneliti laporan tersebut serta mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan kesan buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.

MB  Pahang pada bulan lepas ada memberikan kenyataan bahawa mereka telah ada penyelesaian bagi pengangkutan bauksit, malangnya sehingga hari ini tidak ada lagi kelihatan kaedah yang baru digunapakai oleh syarikat pengangkutan yang terlibat.

Pencemaran dari tapak perlombongan, sepanjang jalan hingga ke pelabuhan telah menjadi semakin buruk. Banyak aduan rakyat yang diterima menyatakan kekecewaan mereka terhadap kawalan dan pemantauan pihak berwajib. Semuanya menjurus kepada masalah kesihatan dan pemcemaran serta mahu kegiatan perlombongan bauksit ini dihentikan.

Slogan rakyat didahulukan mesti dilaksanakan dalam menyelesaikan isu ini. Oleh itu kami menuntut pihak kerajaan negeri supaya ada keberanian dan iltizam menyelesaikan masalah ini serta merta demi kesejahteraan rakyat. Kami bersama-sama rakyat sekitar Kuantan akan mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya masalah yang timbul akibat kegiatan perlombongan bauksit ini tidak diatasi segera.



ANDANSURA BIN RABU (ADUN Beserah)

LEE CHEAN CHUNG (ADUN Semambu)

ROSLI ABDUL JABAR (ADUN Tg Lumpur)      
                                                                       
SIM CHOON SIANG (ADUN Teruntum)







----------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Rasuah, Rasuah, Rasuah

.. radius 5km kawasan lombong buksit ini dah macam planet marikh .. macam muncung babi .. merah .. kata MB Pahang semuanya ada kelulusan .. keadah kawalan dan pemantauan, ada .. semua ada .. tidak ada apa-apa salahlaku. Pelancong pon mungkin datang lebih ramai lagi sebab nak tengok planet marikh, tengok budak alien dan budak berjari lima belas.

Nasib, Nasib, Nasib ..

Tanpa Nama berkata...

Pau Pau Pau

Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!!!