Rabu, 6 Januari 2016

NASIB BAIK KITA DI MALAYSIA









NASIB BAiK KITA 

DI MALAYSIA

Pagi tadi bila gwa bangun dari tidur gwa rasa terganggu. Gwa kelam kabut tak tahu gwa dimana. Dua minit kemudian gwa dengar ayam hutan berkokok. Gwa senyum gumbira kerana gwa masih lagi di Malaysia. Syukur.

Sebagai warga  keturunan Jakun suku Biduanda Negeri Sembilan gwa amat berbangga dengan darah Orang Asal. Gwa bangga jadi Orang Asal warga Malaysia. Gwa juga bangga kerana datuk nenek moyang gwa dulu cekap menyumpit cikah dan lotong. Bijak memasang jerat babi dan napoh. Kenal semua batang, pokok, akar,  daun dan  pucuk - yang mana racun dan yang mana ubat.

Tapi ada satu lagi pekara - lagi penting - kenapa gwa bangga jadi rakyat Malaysia.  Gumbira lagi menggumbirakan. Tapi ‘pekara’  ini gwa tak tahu sama ada semua rakyat Malaysia boleh kongsi kegumbiran dengan gwa atau tidak. Gwa ada rasa was was.  

Disini gwa mahu bercakap jujur. Gwa rasa amat amat bangga kerana Malaysia kita ini telah berjaya melahirkan  Hasan Malik. Jangan ketawa dulu. Jangan keluarkan tuduhan semberono. Sabar. Dengar dulu apa yang gwa cakap. Gwa bukan mahu bodek. Gwa mahu terangkan dengan hujah yang tuntas lagi ilmiah kenapa gwa gumbira dengan Hasan Malek.

Jangan cepat tuduh gwa sebagai Asobiah  05.  Asobiah kenegerian dimonopoli oleh Geng Budu 03. Gwa tak ada sikap Asobiah 05. Gwa gumbira dengan  Hasan Malek bukan kerana dia orang Kuala Pilah. Bukan kerana dia anak Negeri Sembilan. Hasan Malik ini anak Malaysia. Gwa gumbira  kerana Hasan Malek telah menggumbirakan rakyat Malaysia.

Lu ingat senang untuk menjadi Hasan Malek? Lu ingat mahu jadi sejujur Hasan Malek satu pekara enteng.  Dalam dunia ini tidak ada sekolah, tidak ada universiti  atau kuliah yang boleh mengajar bagaimana untuk   menjadi Hasan Malek. Lu jangan ketawa. 

Kebijaksanan ini lahir semula jadi. Ini satu anugerah dari Yang Maha Kuasa. Sultan Melaka pun tidak ada keupayan untuk memberi anugerah ini.
Cuba bertenang dan cuba jadi Hasan Malek. Baru  pembaca sedar bukan senang untuk menjadi Hasan Malek. Bukan enteng untuk jadi bodoh.. opps silap ... menjadi Hasan Malik. Menjadi Hasan Malik ini satu tugas yang amat-amat payah. Melahirkan  keHasan Malik-kan ini  satu pencapaian unggul Malaysia-ku.

Sah dan soheh - menjawat jawatan menteri adalah tugas yang telah berjaya dilakukan oleh Hasan Malek dengan gilang gemilang.  Inilah yang membuatkan gwa gumbira dengan Hasan Malek. Inilah hujah gwa kenapa gwa bangga jadi warga Malaysia.

Kata-kata Hasan Malik "Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian  Kuala Besut pada 13 Julai 2013.

Ini ucapan klasik sepanjang zaman. Ianya akan  diingati oleh anak cucu cicit kita. Ini bukan ucapan  bodoh yang  dibuat-buat bodoh. Ini ucapan bodoh tulin. Mengikut istilah anak-anak muda hari ini ini adalah  bodoh ori. Ini ucapan teramat Hasan Malek

Apabila rombakan kabinet berlaku tapak kaki gwa telah mengelatar bukan kerana sejuk. Ada berita angin  tersebar mengatakan bahawa Hasan Malek  hendak berkhalwat dan bertapa. Mungkin ke Gua Birak atau mungkin ke Gunung Angsi di  Sungai Ujung.

Tup tup ianya betul-betul berlaku. Gwa meraung sayu tapi tak ada siapa mengetahui betapa remoknya hati gwa apabila Hasan Malek tidak lagi dinobatkan sebagai menteri. Dunia gwa runtuh berkecai. Siapakah yang akan membuat bodoh untuk Malaysiaku?

Tiga hari tiga malam gwa bersedih tetiba sampai satu berita kemunculan seorang menteri dari selatan Tanah Melayu. Keturunannya sang menteri ini tidak bagitu jelas - Melayu tidak Melayu sangat, Jawa bukan Jawa, Jambai  pun bukan Jambi tetapi memiliki sirip dan insang seakan sama dengan yang dimiliki oleh Hasan Malek.

Awalnya gwa tidak ambil pot sangat tentang menteri ini. Tetapi baca punya baca kelihatan bahawa menteri yang bernama  Ahmad Maslan memiliki DNA dan baka benih Hasan Malek. Gwa kembali gumbira. Inilah yang dikatakan - patah tumbuh hilang berganti - ke hulu tersepak ke hilir terlanggar.

Tetapi dalam hati kecil gwa si Ahmad Maslan ini mungkin belum setanding  dengan Hasan Malek. Ketika Hasan Malek belum ke Gua Birak  rakyat Malaysia sering terhibur. Setiap kali  Hasan Malek meresmikan apa sahaja  - dari kedai runcit ke kedai basuh kereta  -  Hasan  Malek akan membuatkan satu Malaysia gumbira. Kata-kata yang keluar dari mulut Hasan Malek saperti butir-butir tahik kambing yang akan membajai padang rumput.  Ucapan Hasan Malek tidak pernah  mengecewakan para pendengar, rumput dan kambing-kambing.

Tentang si Ahmad Maslan - gwa mula membuka mata memerhatikan  apabila dia mengumumkan ke seluruh dunia bahawa dia memiliki 3.85 pointer.  Tapi untuk gwa yang belajar dalam tahun  60’an pointer-pointer ini tidak memiliki apa-apa nilai. Jadi gwa terlalai untuk menilai rapi betapa Hasan Maleknya Ahmad Maslan ini.

Ahmad Maslan pernah mencadangan agar pelajar UITM  memasak makan sendiri untuk mengurangkan kos hidup. Ini pun masuk akal. Gwa pun ketika menjadi mahasiswa telah mula memasak. Kalau tak pandai memasak macam mana nak dapat ‘mengayat’  Minah Saleh. Maka cadangan memasak ini untuk gwa  belum bertaraf Hasan Malek lagi.

Pada pendapat  gwa untuk mengambil alih mahkota Hasan Malek ini bukan satu kerja yang enteng. Gwa nampak ada percubaan-percubaan  dari beberapa calon. 

Menteri Rahman Dahlan hampir berjaya  mengHasan Malikan dirinya dengan mencadangkan agar orang ramai bangun awal untuk mengambil jalan lama sebagai langkah mengelak dari membayar tol yang semakin mahal.  Tutur kata macam ini memang Hasan Malek. Saperti biasa sesudah bertutur si Rahman ini  mengatakan dia disalah lapor oleh portal media yang sentiasa berkonspirasi hendak mengHasan Malekkan dirinya. Yang ini mengecewakan gwa.

Diakhir tahun 2015 - Malaysia  negara kita  telah gegak gempita penuh dengan  kegumbiraan. Bukan kerana kita semua dapat BRIM. Bukan kerana mendengar  khabar  Cik  Siti telah hamil sekali lagi. Bukan bukan bukan. Satu Malaysia gumbira apabila Ahmad Maslan mencadangkan agar kita semua membuat kerja kedua untuk menambah pendapatan.

Wow! Ini betul-betul bertaraf Hasan Malek. Malah Hasan Malek sendiri tidak ada keupayaan untuk  mengHasan Malikkan dirinya sabagini rupa.   Gwa paling gumbira  kerana dalam firasat gwa Hasan Malik telah menjelma kembali untuk menghiburkan kita semua.

Ekonomi kita makin merundum. Satu dolar Amerika kini telah menjadi 4 ringgit 30 sen. Satu ringgit Malaysia satu ketika dulu ialah 10 Bhat Siam. Sekarang 1RM telah jadi  hanya 8 Bhat. Manakala 1 Sing Dolar dah menjadi 3RM. Semua ini adalah bukti saheh yang ekonomi kita semakin merosot. Hanya  yang Hasan Malik sahaja sahaja yang percaya bahawa ekonomi kita bertambah baik.

Justeru apabila gwa terbaca cadangan bertaraf Hasan Malik dari Ahmad Maslan  gwa cukup senang hati. Kerana itu gwa tak faham kenapa ramai  rakyat Malaysia terutama anak muda dalam internet mula naik naik minyak apabila mendengar kata-kata jujur lagi Hasan Malik dari Ahmad Maslan? Apa silapnya Ahmad Maslan? Anak muda tidak faham bukan senang hendak jadi bodoh opps.. jadi Hasan Malik.

Ahmad Maslan yang memiliki 3.85 pointer ini secara jujur telah menerangkan bahawa dirinya melakukan  tiga kerja. Ahmad Maslan menjadi ahli parlimen, menjadi menteri dan dia juga menjadi ketua penerangan untuk parti Kertuanan Melayu.  Tiga kerja sekali harung. 

Ahmad Maslan cukup hebat.  Usaha dan kerja tangga duit. Kerana ada tiga pekerjaan maka Ahmad Maslan dapat gaji besar. Betapa besar gajinya gwa tak tahu. Tapi mestilah besar kerana Ahmad Maslan dapat membelikan adiknya sebuat kereta Bentley yang berkali ganda harganya dari Kapcai.

Maka kerana ini gwa hairan kenapa Ku Li dan Shahrir Samad - dua dua YB ini  dari parti  Ketuanan Melayu - bergerak sarentak dan seirama  mengutuk kata-kata jujur yang amat-amat Hasan Malik dari Ahmad Maslan.  Gwa sedar Shahrir datang dari wilayah selatan - maka Ahmad Maslan ini menjadi musuh politik satempat. Ini biasa. Ini budaya politik Bani Ketuanan Melayu.

Apa yang menakjubkan gwa ialah kata-kata dari Ku Li yang mengumumkan kepada media dunia bahawa hendak mendapat satu kerja pun amat susah sekarang di Malaysia. Justeru Ku Li bertanya - bagaimana  hendak mendapat dua kerja?

Fikir punya fikir - betul juga kata Ku Li ini. Selama berbelas-belas tahun Ku Li telah cuba mendapatkan satu pekerjaan sebagai Perdana Menteri Malaysia - sampai hari ini Ku Li masih belum dapat dapat. Tapi Ku Li tak dapat jadi PM ini pasti kerana dia Hasan Malik atau kerana Ku Li dikelilingi oleh ramai Hasan Malik. Walah hu alam.

Disini gwa berani berkata  bahawa gwa amat gumbira  yang kita semua di Malaysia. Sedarlah semua bahawa negara kita yang bernama Malaysia ini unik - amat unik dalam dunia ini. 

Bayangkan kalau Ahmad Maslan yang Hasan Malik ini lahir di Iraq atau di Iran atau di Afghansitan - dia  hanya boleh menjadi gembala kambing. Kalau Ahmad Maslan yang Hasan Malik lahir di  Tanah Besar China - dia hanya boleh menjadi penjual taufu. Kalau Rahman Dahlan lahir di Chile dia hanya berjaya untuk menjadi pemandu teksi.

Hanya di Malaysia  Hasan Malik, Ahamd Maslan dan Rahman Dahlan yang sentiasa  menghasan malikkan diri mereka  dan masih diterima sebagai menteri.  Berbangga dan bergumbirakanlah kerana Malaysia kita masih ada Ahmad Maslan yang Hasan Malik. Juga gwa mahu beritahu bodoh bukan satu jenayah. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


-------------

5 ulasan:

MockingYou berkata...

Gue gelak sampai mau pecah perut dan terberak sekaligus bila baca catatan nie. Baik punye tibai!

Tanpa Nama berkata...

nasib ini malaysia
yang curi yang rompak
yang rogol yang sodomi
yang salahguna kuasa
terus diangkat memegang jawatan
hanya berlaku di malaysia
banyak perkara tidak masuk akal
hanya di malaysia
buka syarikat modal 1 hinggit
dapat projek berjuta juta
pertama kali derma masuk 2.6 b
masuk sejarah dunia
yang derma tak keluar muka
yang derma mahu masuk akaun peribadi
kah kah kah hanya di malaysia
kapal selam tak boleh selam
jet yang tiada enjin
lembu tinggal di kondo
hanya di malaysia
rasuah dianggap derma
rokok haram vape haram
judi boleh casino boleh
ada cukai halal haram
kah kah kah hanya di malaysia
ramai online dengan tuhan
siang malam khutbah membawa pencerahan
membawa manusia ke syurga
sebagai tokoh ularmak terkenal
Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bro TT, lu punya karya ilmiah ni memang layak terima nobel prize literatur dan economy..kedua-duanya

Nazrio berkata...

Paten-kan
hassanmaLek
dan lobi-kan
patuH syariaH
Untuk hassanmaLek

giorgio berkata...

TT tak sia sia u dihantar ke London, macam Mr Bean, macam Benny Hill, gua gelak, gwa tak ingat sejak bila gwa gelak n baca, n baca, hidup kita sekrg amat tension, gua sedar, gwa bersyukur u membuka pemikiran gwa, betul kita bersyukur kita Ada Hassan Malek, Ahmad Maslan.... Terimakasih TT, gwa caya sama lu, gwa salute lu... Tuhan lanjutkan usia TT