Sabtu, 2 Januari 2016

SUSUN DAN ATUR TINDAKAN







REMBAT

DUIT PENCEN

PULAK


TAKL HABIS2

KES NAJIB


Najib Mana Duit RM4 Billion Kumpulan Wang Amanah Pencen


Saya sedia maklum dengan reaksi Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baru, Saudara Arulkanda Kandasamy yang menuduh kononnya pengkritik 1MDB hanya membuat spekulasi tanpa mengetahui fakta yang sebenarnya. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau telah benar-benar mengkaji pelaburan 1MDB dan yakin ia akan mendatangkan keuntungan.
Selama ini, masalah utama yang dihadapi oleh rakyat mengenai 1MDB adalah keengganan syarikat itu berterus terang dan melaporkan secara telus kepada Parlimen mengenai aktivitinya. Oleh kerana kurangnya maklumat mengenai pelaburan 1MDB itulah maka ahli-ahli Parlimen tidak ada pilihan lain kecuali membuat siasatan sendiri dan menanyakan soalan-soalan berkaitan di Parlimen dan media.
Apatah lagi hutang yang diambil oleh 1MDB sebahagiannya dijamin oleh kerajaan secara langsung atau tidak langsung. Keberhutangan 1MDB yang mencecah RM42 bilion (setakat laporan kewangan terakhir) akan mempunyai kesan besar kepada kedudukan kewangan negara dan industri kewangan/perbankan negara ini.
Oleh yang demikian, kenyataan Saudara Arulkanda itu adalah bongkak dan mengenepikan kebimbangan rakyat (termasuk dari kalangan pimpinan dan penyokong Barisan Nasional) yang munasabah mengenai 1MDB.
Memandangkan beliau begitu yakin dengan pelaburan 1MDB dan kononnya mempunyai fakta yang lengkap mengenainya, saya mendesak supaya CEO 1MDB ini mendedahkan semua maklumat dan fakta mengenai pinjaman RM4 bilion yang diambil oleh anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dalam tahun 2011.
Pinjaman RM4 bilion dari KWAP yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada awalnya bertujuan untuk membeli syarikat perlombongan dari Mongolia bernama Gobi Coal & Energy untuk melabur di Mongolia seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Business Times. Pelaburan itu dilaporkan tidak berlaku dan sehingga sekarang tidak diketahui bagi tujuan apakah RM4 bilion itu dibelanjakan.
Ini adalah ujian awal kepada kepimpinan Saudara Arulkanda di 1MDB untuk menilai apakah beliau akan berlaku telus dalam menangani soalan-soalan penting rakyat terhadap 1MDB. Jika beliau bersikap telus, beliau boleh menjelaskan bagaimanakah pinjaman RM4 bilion itu telah dibelanjakan setakat ini dan hasilnya kepada negara memandangkan itu adalah wang rakyat.
Jika tidak ada penjelasan yang memuaskan dari beliau dan pentadbiran Najib, saya akan mengatur supaya wakil-wakil pesara yang pencen mereka dicarum di dalam Kumpulan Wang Amanah Pekerja mengambil tindakan mahkamah terhadap 1MDB, KWAP dan Menteri Kewangan kerana dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang pencen rakyat bagi pelaburan yang diragui.
RAFIZI RAMLI



-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Not a big fan of this guy RR but, whats right is right whats wrong is wrong! In this case I am with him, period.

Tanpa Nama berkata...

Mat Bahalol sudah lahap duit pencen ke ?????


Padan lah orang orang pencen kampong lahap KANGKONG

Bahalol lah

BEWAK HIDUP DI DOKONG , apa hal ?

Tanpa Nama berkata...

Statement serupa kepala butuh ja. Meleis.. bukan senang nak mengaku...