Rabu, 24 Februari 2016

KENYATAAN RESMI - PERANG








KENYATAAN MEDIA PERANG DI SYRIA: MALAYSIA 

JANGAN TERLIBAT, SYOR LANGKAH RUNDINGAN 

PERDAMAIAN Berita yang berkata Malaysia terlibat dalam satu siri latihan ketenteraan berkaitan peperangan di Syria baru-baru ini yang turut melibatkan 20 negara termasuk Arab Saudi amat membimbangkan. 

Ini kerana tindakan ketenteraan yang dipelopori Arab Saudi ini bakal mendatangkan impak geopolitik yang cukup negatif, bukan sahaja dari segi keselamatan di rantau Timur Tengah, tetapi juga pendirian neutral Malaysia selama ini. 

Saya menggesa agar Putrajaya mengkaji cara terbaik untuk mengundur ("disengagement") dari situasi yang memasukkan Malaysia ke dalam kancah peperangan di Syria. Pada masa yang sama, Malaysia perlu berhenti dari menyertai sebarang latihan ketenteraan berkaitan Syria, terutama yang tidak menggunakan saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peperangan bukanlah perkara yang mudah mahupun murah, dan tatkala ekonomi Malaysia tidak begitu sihat serta dibelenggu pelbagai masalah dan skandal kepimpinan sedia ada, langkah ketenteraan di Timur Tengah tidak patut di ambil kira selagi jalan penyelesaian melalui meja rundingan belum berakhir.

Sebaliknya, Malaysia perlu tegas dan proaktif mengesyorkan langkah rundingan dan perbincangan untuk mencapai perdamaian di Syria dan Timur Tengah. Hanya penyelesaian politik melalui meja rundingan dapat mencapai perdamaian yang lebih mampan dan berkekalan. 

Dr Wan Azizah Wan Ismail 
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Presiden KEADILAN 
23 Februari 2016 -






-----------

4 ulasan:

Usop ali berkata...

kes terhutang budi...tergadai la army kita...naseb ko la labu....

panglimo potaseh berkata...

Bak kata Chedet dia sekecil kelentit pon tak percaya pada jawaban Najib pasal duit 2.6 biliyun tu .. ha lihat lah sendiri, ini lah akibat nya bila Najib dah terhutang budi dan body pada pak Arab .. jangan sampai jual bini sudah .. eh gwa konfius sapa bini, Bang Jib ke Kak Mah.

Asrul Sani berkata...

Kojap Kojap...
Nak kena dengor ape kate Haji Sotong dulu berdasarkan Nas-Nas dan Dalil yang sah samada nak sertai perang ke tidak. Dalam pada itu kene juge tanye Nik Ahmar sebab dia tengah bersiap sedia nak BERPERANG dengan UMNO tu. Tolong cakap kat die Perang lawan tunjuk punia ke...siapa punya lebih besar panjang kah kah kah....

Tanpa Nama berkata...

Bebudak tu kalau tak ke perang

Elok benar duduk kampong tanam KANGKONG


Professor KANGKONG dah malas nak kerja


Kepala Otak !!!!!