Selasa, 1 Mac 2016

SATU LAGI BARISAN BERSATU







SATU LAGi

BARiSAN 

BERSATU

MENDOBRAK

MUSUH BERSAMA

Masa untuk berubah, PKR sokong Dr Mahathir

Keputusan  Mahathir Mohamad keluar daripada Umno akan mempunyai kesan mendalam terhadap politik negara dan rakyat Malaysia perlu mengambil peluang ini untuk berubah kata PKR, sebuah parti yang ditubuhkan untuk menjatuhkan bekas perdana menteri itu ketika beliau masih berkuasa.
"Kita sedang menyaksikan perubahan politik Malaysia. Bahagian dinding yang dibina bertahun-tahun lamanya melalui politik akhirnya runtuh.
Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, terpaksa membayar harga mahal bagi dakwaan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa pentadbiran, kini perlu mengambil peluang membawa perubahan.
"Semua institusi demokrasi Perlembagaan kita dilanggar ke tahap tidak pernah berlaku sebelum ini dan ibu segala skandal kewangan dengan pelaku terlepas daripada hukuman.
"Prinsip asas kepada urus tadbir seperti akauntabiliti dan ketelusan menjadi tunggang terbalik. Tidak pernah dalam sejarah negara kita begitu banyak kerosakan diakibatkan oleh pihak yang sedikit.
"Saya menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, kaum, bangsa dan agama bersama-sama terutama bagi semua rakyat yang prihatin agar mengambil peluang ini dan membawa perubahan sebenar dan berkesan," katanya. – 29 Februari, 2016.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=dn5DHGMd1F%2BwuUlPVQVjPjxmPIArXaTYs5nducz1qschCOAEad70mhbr%2BCJywTNtsyz03BNM1%2B95Ij9261l1Bo%2Fdth2zKQX9CYXn%2FMVzEEckb%2F7WT%2BbDaw%3D%3D&b=5#sthash.kWYccZeR.dpuf

keadaan gempaq

keadaan rancak

terus mengasak

terus mendobrak


--------------

4 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Ayok mari bersatu londehkan Najib dan Ladyhusband nya. Dulu lepas 13 mei Ayah Najib berjaya ngompolkan hampir semua parti lawan dan kawan untuk menang besar pada 1974. Sekarang ni mai kita bersatu kumpul tenaga untuk londehkan anak nye pulak .. sebelum negara ni terbarai dibuatnye. Oh yo lupo lak. kalau kito borsatu untuk turunkan umirul mukminin apo hoookomannyo. Tanyo jo sobab den tak koso nak masuk norako.

abrarmujahideen berkata...

Haha..azmin melintang patah. Bapak angkat azmin huhu

Tanpa Nama berkata...

Jaga2.. operasi lalang boleh berlaku bila2 masa. Mageran pun boleh..

Tanpa Nama berkata...

Kalao untok tumbang Barisan Najis , okay le.
Kalao untok tumbang seketul Najis sahaja , ni kerja buang bateri le.