Rabu, 13 April 2016

PROGRAM MALAM INI





MALAM INI


MENGENANG 17 TAHUN LEGASI

UNIVERSITI BANGSAR UTAMA (UBU)

Kuliah Bangsar Utama (KBU) akan menampilkan berberapa alumni UBU yang lebih sedekad lalu terlibat secara langsung dalam kancah aktivisme nasional,regional dan antarabangsa bermula dari sebelum zaman Reformasi 1998.
Tokoh-tokoh ini merupakan perintis kepada tertubuhnya perkumpulanan anak muda progresif, independen dan kritikal yang berpusat di Bangsar Utama.

UBU merupakan Institusi bayangan (Imagined Institution) yang berpegang kepada falsafah 'Universiti Bukan Universiti'.. Berasaskan metodologi 'DILARANG MELARANG', kumpulan anak muda ini bereksperimen dengan wacana kebebasan, kritikal dan radikal walaupun dalam ruang yang minimum dan represif..
Sedekad kemudian, idea ini kemudiannya menjadi inspirasi & model kepada penubuhan lebih banyak lagi kumpulan anak muda progresif dan radikal yang lain di Malaysia..

Setelah 17 tahun berlalu, pada hari ini, kebanyakan alumni UBU adalah ahli politik & aktivis sosial terkenal, penulis lirik, seniman, wartawan, ahli perniagaan,teknokrat, birokrat, penyelidik dan juga ahli akademik...Dalam erti kata lain, alumni UBU mencakupi kelas Proletariat sehingga ke kelas Bourgeoisie...Merangkumi kelompok dissident sehingga ke aparacik pemerintah..
Seperti kebanyakan organisasi, UBU juga mengalami beberapa evolusi sepanjang 17 tahun ini..Sehinggalah penjelmaan semula dalam bentuk Kelab Bangsar Utama (KBU) yang lebih mantap, beragam dan berstruktur.
Sehubungan itu, KBU dengan penuh rasa hormat, mengundang Y.M Amin Iskandar@Black (Wartawan/bekas editor The Malaysian Insider), Y.A.M Rahmat Haron (seniman 'outsider' & kolumnis yang prolifik), Y.M Khairul Anuar Ahmad Zainudin@Jonah (Aktivis politik dan bekas mangsa I.S.A) bagi berkongsi pengalaman suka duka mereka sepanjang bergelar aktivis-pelajar UBU..
Jemputan ini ditujukan kepada semua anak muda semua bangsa bagi mendengar perkongsian daripada tokoh-tokoh ini berkenaan pengalaman dan juga beberapa 'cerita-cerita nakal' lagi radikal sepanjang pergulatan mereka dalam dunia aktivisme.

DILARANG MELARANG!.





-----------

Tiada ulasan: