Jumaat, 21 Julai 2017

GARIS BARISAN BERSATU









MUSUH

KEPADA 

MUSUH KITA

IALAH

KAWAN KITA




Keinginan kepada perubahan menyatukan PH, kata Nurul Izzah


PEMBANGKANG perlu menjadi inklusif dalam usahanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sambil menambah pelantikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang pemimpin utama membantu menyampaikan mesej mereka.

Beliau berkata, benteng kepada sebarang kemungkinan terjejasnya agenda Pakatan Harapan (PH) ialah pembaharuan ikrar yang menyatukan pengerusi, ketua umum dan keseluruhan struktur gabungan itu.

"Peringatan yang paling besar kepada rakyat Malaysia adalah bagaimana kerajaan kleptokrat ini berada di bawah pimpinan Najib Razak. Jadi, kita harus membuktikan janji kita sama seperti Dr Mahathir.

"Dia perlu membuktikan kata-kata dengan tindakan dan setakat ini saya sangat gembira kerana dia bekerja keras untuk meyakinkan ramai orang betapa perlunya untuk menggulingkan bukan sahaja Najib tetapi sistem itu," katanya ketika melawat PPR Kg Muhibbah di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu diminta memberi komen mengenai kesan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi PH, berikutan kebimbangan pembangkang mungkin perlu menjawab skandal-skandal yang dikatakan dilakukan Dr Mahathir termasuk kerugian forex.

Dr Mahathir dan seteru lamanya Anwar Ibrahim berganding untuk menggulingkan Najib pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berkongsi tanggungjawab memimpin gabungan itu dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai presiden.

"Saya tidak perlu mengulas mengenai pelbagai pandangan, yang penting adalah apa yang menyatukan kami dan kami semua mempunyai pandangan egalitarian (memegang prinsip hak sama untuk semua) tentang bagaimana urusan dalam PH dibuat.

"Saya tidak berada dalam struktur teratas tetapi saya tidak mempunyai masalah atau tidak ada keraguan yang memastikan suara saya didengar dengan jelas terutamanya berkaitan dengan peringatan mengenai pembaharuan ikrar.

Beliau berkata kenyataan terbaru Dr Mahathir mengatakan tidak kisah digelar boneka merupakan cara yang baik untuk menutup mulut orang daripada bertanya soalan yang sama.

"Ini satu perkembangan penting, kami perlu sampaikan suara kami dan tidak penting siapa penyampai itu kerana yang paling utama adalah pembaharuan," katanya. –  21 Julai, 2017.


JANGAN LARI

DARI GARIS

BARISAN 

BERSATU

GARIS

UNITED FRONT 


FORUM 

Mahathir  

Agen Perubahan 

atau

Agen pemusnah 

Tarikh: Selasa 25 Julai 2017
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Dewan China KL

PANELIS

1- Isham Rais - NGI

2- YB Dr. Jeya - PSM

3- Mat Sabu - PAN

4- Haris Ibrahim 

Anjuran Kelab Bangsar Utama






--------------

1 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Mahathir... Nama yang gagah... Cuba tukar huruf M ke huruf H... Kan jadi Hahathir.... Tuan kenal hahathir... Dua dua agen dia ni... Perubahan dan pemusnah... Dua garis halus nilah yg membengongkan kita kalau tersalah anu... Ya.. Anu.. Anu ni semua ada... Ibarat sllahudin al ayubi menjawap kepada askar kristen masa menang jerusalem.. Askar tanya.. Apa jerusalem pada mu wahai al ayubi.. ayubi jawap...nothing.... But everything.....nothing but everthinglah jawapnyo kalau bila kita cerita mahathir dan putrajaya... Kapis komrade.. Komprende. Yes ...musuh kepada musuh rosmah adalah kawan kita... Hehehhehee.. Itu buli bha kalau kau.