Rabu, 30 Ogos 2017

APA JADI DENGAN TRUMP?





APA JADI DENGAN TRUMP?

Donald Trump Presiden yang ke-45  Amerika Serekat belum pun sampai satu tahun berkuasa. Trump seorang billionaire memenangi kerusi Rumah Puteh pada November 2016 tahun lalu. Dari apa yang kita  baca pentabiran Trump masih belum stabil. Ketika tulisan ini digarap pentabiran Trump masih lagi huru hara. Masih lagi kucar kacir.

Setakat ini ramai sosok-sosok ahli kabinet pilihan Trump telah meletak jawatan. Penasehat Keselamatan Micheal Flynn dan pembantunya K.T McFarland telah berhenti. Flynn membuat rekod - menjawat selamat 24 hari.   Reine Priebus dan Katie Walsh  Ketua dan Naib  Ketua Staf Trump telah juga  meletak jawatan. Pengarah Komunikasi dan Ketua Strateji Trump juga telah meletak jawatan. 

Nama-nama ini adalah para gedebe dan ahli kabinet Trump. Belum masuk kira lagi mereka yang memegang jawatan tapi bukan Pengarah atau Ketua Jabatan. Nama mereka tidak besar dan bila meletak jawatan air dalam jamban Rumah Puteh tidak berkocak.

Apa yang berlaku dalam Rumah Puteh ketika ini belum pernah berlaku dalam sejarah 200 tahun Amerika. 

Lalu timbul banyak soalan. Apa yang sedang berlaku sebenarnya dengan Presiden Trump? Mengapa kali ini Rumah Puteh jadi tidak stabil? Apa dan siapa dibelakang semua ini?

Untuk memahami semua ini kita wajib memiliki  pemahaman tentang  apa itu politik. Apa itu kuasa. Ini asas yang amat-amat penting untuk kita memahami bukan sahaja apa yang telah, sedang dan akan  berlaku di Rumah Puteh malah latar ini akan memberi kita pencerahan untuk memahami politik dimana saja dalam dunia ini termasuk di Putrajaya.

Perebutan politik ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Dengan memiliki punca-punca  ekonomi sesiapa sahaja boleh berkuasa. Tidak ada kuasa ekonomi - tidak ada kuasa politik. 

Bila kita masukkan ekonomi dalam pemahamam maka kita tidak akan dapat lari dari pemahamam kelas. Ekonomi dan kelas adalah aur dengan tebing. Saperti  isi dengan kuku. Gagal memahami ekonomi dari sudut kelas maka semua analisa politik tinggal  hampeh, salah tafsir dan tidak bermakna.

Salah tafsir dan salah makna akan menghasil rumusan yang tidak tepat. Rumusan yang tidak tepat akan membuka stratreji yang tempang. Salah strateji maka hasilnya ialah  kalah dalam perjuangan politik. Kalah  dalam pertempuran  politik ertinya tidak mendapat kuasa. 

Silap strateji dan silap analisa akan menjadikan kita gagal mengenal  musuh. Contoh terbaik ialah apabila  Anwar Ibrahim tidak dapat mengenal  siapa Najib dan siapa Haji Hadi. Hasilnya Anwar Ibrahim  sendiri dimasukkan ke  penjara. Ini hukum politik. Hukum ini tidak akan berubah-ubah dalam mana negara pun. 

Apakah Presiden Trump tidak dapat mengenal musuhnya? Siapa musuh Trump? Kenapa Trump dimusuhi?

Semua ini adalah soalan hakiki untuk memahami apa yang sedang berlaku di Rumah Puteh. Tetapi - kenapa kita di Malaysia ini wajib memahami politik Rumah Puteh dan politik Amerika?

Jawabnya cukup senang - kita wajib mengetahui apa yang berlaku di Rumah Puteh  bukan  hanya kerana Najib akan ke sana pada 12 September ini.  

Kita wajib memahami politik Amerika kerana pada ketika ini kita semua  adalah 
‘ anak tanah jajahan’ dibawah Empire Americana.  Ini sama saperti satu ketika dahulu warga  Eropah  dikawal dan dikontrol oleh Holy Roman Empire. Atau satu ketika dahulu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak  dibawah Empire Inggeris.

Kalau dulu kita dijajah dan diperentah oleh Inggeris. Ketika itu kita dapat melihat Tuan D.O dan Tuan O.C.P.D  dan Tuan Residen atau Tuan Gabenor semuanya Mat Salleh. 

Dalam zaman Empire Americana sekarang ini caranya berlainan. Kuasa masih lagi  datang dari punca ekonomi. Ekonomi masih menjadi jurumudi politik. Tapi kali ini Bank Amerika, kilang milik Amerika, modal milik Amerika yang bersepah-sepah di Malaysia ini adalah pemangkin  dan pengawal kuasa untuk Empire Amerika.

Dunia hari ini adalah milik Amerika. Kuasa politik dunia hari ini ialah kuasa politik Amerika. Kuasa ekonomi dan politik Amerika ini dijaga dan dikawal oleh bala tentera Amerika. Ini dipanggil Pax Americana atau Empire Amerika.

Justeru semua pemimpin dunia terutama dari negara Dunia Ketiga akan   berbondong-bondong datang  menyembah  Presiden Amerika. Ini termasuk Najib. Ini termasuk Mahathir berjumpa Bush pada satu ketika dahulu. Ini termasuk  juga Anwar Ibrahim yang sentiasa bermain-main mata dengan Paul Wolfowitz - Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dan juga bekas Presiden Bank Dunia.

Hakikatnya Malaysia dan negara Dunia Ketiga yang yang lain dikawal oleh bala tentera Amerika untuk kepentingan politik dan ekonomi Amerika.

Maka siapa pula mengawal Presiden Trump? Bukankah penghuni Rumah Puteh adalah  insan  yang terkuat sekali atas bumi kita ini? Betul. Tepat. Tapi masih ada fakta dibelakang fakta. Masih ada kebenaran dibelakang kebenaran.

Presiden Amerika Serekat mewakili kepentingan Amerika. Sekali baca saolah-olah kepentingan untuk 400 juta warga Amerika. Ini tidak betul.

Presiden Amerika mewakili kepentingan kaum pemodal Amerika. Kaum pemodal Amerika ini adalah kuasa dibelakang semua Presiden. Malah kuasa pemodal ini jugalah dibelakang Perdana Menteri, Presiden atau Ketua-ketua  Menteri dan para pemimpin mana-mana negara dalam dunia. Ini termasuk Najib sendiri. Justeru Najib wajib mengadap Trump.

November tahun lalu Donald Trump bertanding melawan Hillary Clinton bekas Setiausaha Negara Amerika. Ertinya Minah ini adalah sebahagian dari elit politik Amerika. Manakala Trump adalah orang luar yang belum pernah menjawat apa-apa jawatan kerajaan. Trump hanya ahli perniagaan yang berjaya. 

Boleh dirumuskan pilihanraya Presiden 2016  adalah pertandingan elit politik dengan orang luar.

Trump saorang kontrektor yang amat besar. Trump pemodal kaki belit yang licik dan bijak berniaga. Trump bukan elit politik Washington DC. Justeru sokongan untuk Trump bukan datang dari elit politik Republican jauh sekali Democrat.

Trump pakai duit sendiri. Trump dapat sokongan  dari kelas kaum buruh kulit puteh, penggangur berkulit puteh yang selama ini dipinggirkan oleh elit politik, oleh elit ekonomi dan elit budaya. 

Mengikut kenyataan Hillary Clinton penyokong Trump adalah ‘…a basket of deplorables… satu  kumpulan Mat Lekeh yang menyedihkan…’ Apa yang dikatakan oleh Hillary ini adalah betul. Kumpulan kelas bawahan ini  memiliki fahaman kanan, mereka benci kepada orang  yang bukan berkulit puteh. Mereka menganggap kerja mereka hilang diambil oleh Pendatang Haram dari Amerika Latin atau dari India atau dari  Bangladesh

Donald Trump mejadi jurubicara Mat Lekeh kelas bawahan yang selama ini tidak dipedulikan oleh kuasa politik Amerika kecuali apabila mereka diperlukan ‘ mati katak’ berperang di Iraq, Afghanistan atau di Syria. Jangan silap faham Mat Lekeh ini ramai. Dan kini mereka memiliki telinga  di Rumah Puteh yang bersimpati dengan harapan dan angan-angan mereka.

Pilihanraya di Amerika sama saperti di Malaysia memerlukan  dolar dan ringgit. Di Amerika syarikat multinational dan kaum pemodal melabor untuk memenangkan  Si Polan dan Si Anu. Kaum pemodal melabor untuk memastikan sesiapa yang duduk di Rumah Puteh tidak akan menjejaskan kepentinagn ekonomi dan kutipan untung gedung perniagaan mereka.

Mustahil akan menang seorang Mamat atau Minah untuk menjadi Presiden Amerika yang mengajukan cukai untuk kaum pemodal. Atau mengajukan cadangan memberikan rumah untuk mereka tanpa rumah. Atau mengajukan dasar perubatan percuma atau pembelajaran percuma. Sampai dunia kiamat ini tidak akan berlaku di Amerika.

Justeru kaum pemodal, tuan punya gedong perniagaan , pemilik bank dan  peniaga mata wang di Wall Street berbondong-bondong melabur untuk memenangkan Hillary Clinton.

Hakikatnya Hillary Clinton  disokong oleh elit politik, kaum pemodal dan pemilik media. Minah ini bukan ‘orang luar’  suami Minah ini adalah bekas Presiden Amerika. 

Trump menang. Hillary Clinton kalah. Ini fakta. Seharusnya Rumah Puteh akan meneruskan pentabiran saperti biasa sesudah Trump mengangkat sumpah. Tapi pada tahun 2017 ini TIDAk berlaku. Presiden Trump terus diserang, terus ditibai dan terus diperlekeh.  Kenapa ini berlaku? Siapa sebenarnya musuh Presiden Trump?

Ada tiga kumpulan besar yang sedang menyerang Trump. Pertama gerombolan  elit politik  Parti Democrat. Mereka tidak puas hati apabila calon mereka Minah Hillary kalah. Rancangan licik mereka telah digagalkan oleh Mat Lekeh dari kelas bawahan.

Kedua elit media dan pengamal media. Untuk pertama kalinya media besar Amerika saperti CNN, CNBC, Washington Post atau The New York Times telah menolak Trump. Kenapa? Ini kerana selama ini elit dan pengamal media ini telah membuat laporan dan ramalan politik untuk Amerika. Mereka mengajukan pandangan dan pandangan mereka dianggap tepat. Mereka menganggap diri mereka Nabi.

Pada November 2016 untuk pertama kalinya ramalan mereka terhadap kemenangan Hillary meleset. Semua analisa mereka kantoi. Para pudit pengamal media yang memberi khutubah tiap-tiap malam dikaca CNN telah terbongeng salah. 

Mereka ini  berijazah dari Havard, Yale  atau Princeton telah dikencingkan oleh Mat Lekeh  yang tak sekolah, yang tak kenal universiti dan yang TIDAK membaca Washington Post atau The New York Times. 

Muka tebal pengamal media Amerika kini lembab dengan air kencing Mat Lekeh. Pekara ‘kena kencing’ ini menjadikan pemilik  media dan pengamal media tak boleh tahan. Maka mereka terus menyerang Donald Trump.

Gerombolan ketiga yang menentang Trump ialah Daulah Terpendam atau Deep State. Apa dia daulah terpendam ini? Siapa dia daulah terpendam ini? Kenapa daulah terpendam tidak suka kepada Donald Trump?

Bila pemilik modal, bila pemilik bank,  bila pemilik media bersekongkol dengan daulah terpendam - apa akan terjadi? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45





-----------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape punye bebal la hisham ni
sifir nye mudah je.. budak nama trump ni xpaham politik
lemah diplomasi..xtau policy
senang cerita pandai sembang dalam twitter je..
pegi la tengok semua interview dia..mengarut
frederick douglass pun dia tak kenal.. dia mane tau sejarah US
presiden bingai!
hang pi mengarut kaum pemodal la..pax american la..holy roman la
kepala bana ape.. ni lagi bahalol dr trump
sudah la hisham.. gi sunat carik bini la..