Khamis, 21 Jun 2018

RAKYAT BUKAN LOKMAN ADAM






NAJIB 

ANGGAP

KITA SEMUA

LOKMAN 

ADAM


MDB: Cakap Najib ditolak mentah-mentah Mahathir, Kit Siang


Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sama-sama enggan mempercayai kenyataan dibuat bekas  Najib Razak bahawa beliau tidak tahu-menahu bagaimana wang 1MDB boleh berada dalam akaun peribadinya.

Menyifatkan keadaan itu sebagai mustahil, Dr Mahathir berkata, tandatangan Najib sentiasa diperlukan pada semua dokumen untuk sebarang urusan melibatkan 1MDB.

"Siapa yang mahu percaya dia (Najib) tidak tahu apa-apa apabila dia menurunkan tandatangan (atas namanya)?

"Semua urusan keluar masuk wang untuk pinjaman RM42 bilion, semuanya (menggunakan) tandatangannya.

"Jika dia memang tidak tahu-menahu, maknanya dia tidak faham apa makna tandatangan," kata Dr Mahathir.

Perdana menteri memberitahu Malay Mail, sangat tidak masuk akal untuk seseorang itu menolak untuk dimaklumkan mengenai sesuatu transaksi apabila dia sendiri yang mengarahkan dana bernilai RM2 bilion dimasukkan ke akaun persendiriannya.

"Ini semua tidak mungkin. Kerana (jika sebagai pengerusi 1MDB) saya perlu tandatangan untuk menggunakan wang itu. Untuk mengguna wang berkenaan, saya perlu keluarkan cek.

"Najib sentiasa menyangka akyat semuanya bodoh," katanya.

Dokumen buktikan sebaliknya

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang disiarkan Reuters semalam. Melalui temu bual bersama agensi berita asing berkenaan, Najib mendakwa tidak tahu wang 1MDB - termasuk RM2.6 bilion - disalurkan ke akaun peribadinya.

Bekas perdana menteri itu - yang menafikan sebarang salah laku - juga mendakwa wang berkenaan adalah derma daripada keluarga kerabat diraja Arab Saudi, tetapi Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat percaya bahawa wang tersebut sebenarnya dari kantung 1MDB.



WOIT NAJIB

HANG INGAT

RAKYAT MSIA

SEMUA

LOKMAN 

ADAM

HANG INGAT

RAKYAT 

PEMIKIR 

MCAM

LOKMAN


------------------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Tun madey dan lim kit siang tak perlu respon pun. Lebong najib pada wartawan asing tu ditujukan khas pada ahli2 umno totok yg masih anggap najib tu suci. Kau jgn tak tau tt, ahli umno dlm felda masih ramai yg rasa terhutang budi pada tun razak sebab tu depa terus sokong najib. Apa punya turrrr.

Awanama berkata...

mana hilang dato arman yg dilatih oleh parti china komunis.??