Rabu, 15 Ogos 2018

MERAKAM SEJARAH - PROJEK MEMALUKAN

  



MERAKAM SEJARAH 

PROJEK MEMALUKAN


Khamis 10 mei 2018. Pada jam 5 petang untuk kali kedua pucuk pimpinan Pakatan Harapan berada di Istana Negara dengan niat mengangkat sumpah dihadapan Agong. Selesai angkat sumpah maka akan lahir kerajaan baru  - kerajaan Pakatan Harapan.

Pada jam dan dihari yang sama Hishamuddin Rais  telah ke Putra Jaya  untuk berada di Rumah Kediaman Resmi Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga menjawat Menteri Dalam Negeri kepada - kerajaan penjaga - care taker goverment. 

Saya berjumpa Zahid Hamidi hanya dengan satu niat. Untuk merisik dan memahami apakah tindakan yang akan  diambil oleh Najib  apabila berhadapan dengan kekalahan. 

Apakah Najib akan berundur dan ‘concede’.  Atau Najib dengan aparaciknya dan nasehat-nasehat dari  tim Habibul Rahman akan melancarkan serangan  gelap? Atau akan memunculkah  watak Zulkilfli yang telah disurahkan  kepada saya  oleh Mahathir pada  petang 6 Mei 2018. Si Zul ini mengikut Mahathir ialah  ‘orang jahat’ yang diupah oleh Najib.

Semua persoalan ini timbul dalam kepala saya apabila saya berhadapan  dengan kawan lama saya Zahid Hamidi.  Saya hendak tahu apa yang sedang dirancang.

‘ Bos ada talipon?’  Zahid menerangakan.

‘Anwar nak  apa? ‘ Saya bertanya.

‘ Keputusan  tidak ada majoriti. ….’

Sekali lagi Zahid mengeluarkan kertas rujukan dari sakunya  tentang keputusan PRU14.

‘ Kami dapat 79 kerusi. PKR dapat 47.  PAS dapat 18 . Amanah 11. Bersatu hanya 13….semua terpulang pada Agong..’ 

Ini kali kedua  Zahid menimbulkan hal  keputusan  tanpa menjoriti. Saya menjadi hairan. Apa makna dari cakap Zahid ini. Apakah ada racangan baru untuk mewujudkan satu perserikatan baru.

Betul dan tepat jika diambil kira kejayan satu satu parti. Tidak ada parti yang memiliki majoriti. Tetapi hakikatnya Pakatan Harapan telah menjalin perserikatan dan mendapat 121 kerusi Parlimen. Jumlah ini  telah melintasi lebih separuh ahli Parlimen. 

Pada petang Khamis itu - di Istana Negara dan di Putara Jaya - dua wilayah yang berbeza tetapi dipayungi oleh satu niat. Pemimpin Pakatan Harapan dan Hishamuddin Rais mahu  mempercepatkan penubuhan kerajaan Pakatan Harapan dengan teratur tanpa ganggu gugat.

Sejarah membuktikan bahawa pada pagi  Khamis 10 Mei 2018 telah jelas Pakatan Harapan bersama sekutunya Parti Warisan dari  Sabah telah memiliki 121 kerusi Parlimen. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya hanya  mendapat 79 kerusi. Manakala Parti Islam telah mendapat 18 kerusi.

Pada hari Khamis yang sama jam 11.00 pagi Najib telah membuat sidang akhbar. Dalam siaran langsung di TV  Si Najib telah juga menerangkan pekara - tidak  ada keputusan majoriti. Jumlah dan angka dari mulut Najib inilah  yang dipungut dan disimpan oleh  Zahid Hamidi dalam saku seluarnya. Kini  semua bergantung kepada budi bicara Agong.

Jelas Pakatan Harapan adalah pilihan rakyat. Anak semua bangsa dan bangsa semua agama di Malaysia telah memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Walau pun sokongan anak semua bangsa telah  jelas - sajelas mata hari terbit di Jepun tapi masih ada lagi lek lok lek lok kok kek  kok kek dan songel yang ditimbulkan. Istiadat angkat sumpah  sengaja diperlambatkan dan digagalkan.

Sejarah sedang merakamkan wujudnya  Mat Songel yang cuba menghalang kelahiran kerajaan Pakatan Harapan dengan ajenda sailang Mahathir.
Jelas pada malam 9 Mei agenda sailang Mahathir ini telah mula berjalan. Agong pasti telah mendapat suntikan idea ini. Tanpa suntikan idea ini saya amat  yakin Agong akan menjalankan istiadat angkat  sumpah. Saya amat yakin tanpa Mat Songel keraaan baru yang akan dipimpin  oleh  Mahathir Muhamad telah wujud pada malam 9 Mei 2018.

Dari Mana Mat Songel  ini datang? Siapa Mat Songel ini? Jujur jujur saya nyatakan -  pada tahap ini sejarah masih belum memiliki jawapan yang tuntas.

Apa yang saya rakamkan - apa yang saya tulis ini  adalah manifestasi  hasil dari kerja dan tindak tanduk Mat Songel. Apa yang saya yakin ialah Mat Songel ini wujud. Dalam bentuk apa  - berkumpulan? satu pasokan? dua kumpulan? tiga kumpulan?  atau solo - hanya sejarah akan membuktikan.

Untuk kesahihan fakta sejarah - agar saya tidak dilihat sebagai penabur fitnah. Saya juga tidak mahu dituduh menerbitkan berita tidak benar. Justeru adalah menjadi tanggung jawab semua pihak untuk menulis dan merakamkan detik dan babak sejarah - hari hari akhir kerajaan Barisan Nasional.

Menulis dan merakam fakta  dan babak sejarah ini  amat penting. Rakaman ini akan  menjadi rujukan dan tauladan  kepada anak cucu cicit kita nanti. 

Adalah menjadi tugas suci kita untuk merakam dan menulis  agar anak cucu cicit kita  nanti tahu apa itu  Mat Songel. Agar cucuk cicit kita dapat  mengenal watak Mat Songel.

Ini sama saperti  rakaman sejarah yang telah dilakukan oleh Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Tun Sri Lanang menulis detik-detik dan babak-babak sejarah yang membawa keruntuhan kerajaan Melayu Melaka. 

Hingga ke hari ini - 600 tahun kemudian - kita dapat  dengan cepat mengenal watak  Kitul dan watak Keling Mendeliar. Kita kerap menggunakan  watak-watak ini sebagai perbandingan untuk rujukan politik dan kehidupan kita hari ini. Terima kaseh Tun Sri Lanang. Amin.

Dari Putra Jaya saya kembali ke Sheraton. Awal senja saya difahamkan istiadat Angkat Sumpah masih tertangguh. Saya difahamkan bahawa Agong  mahu menemubual setiap pemimpin Pakatan Harapan.

Dalam dewan Sheraton suasana tenang tapi tegang.  Semua tertaya-bertanya apa yang sedang berlaku. Kini semua menunggu.

Awal tadi saya telah diberi tempoh oleh Mat Sabu untuk menunggu  hingga ke jam 10.30 sebelum membuat apa-apa langkah. Tim anak muda Bangsar   terus berligar disekitar Sheraton telah mula gelisah tetapi bersedia menunggu arahan. 

Gambar dari talipon pintar telah menunjukkan semakin  ramai orang berhimpun di hadapan  Istana Negara.  Di sekeliling Sheraton juga orang berkumpul bertambah ramai. Untuk saya ini berita dan petanda yang amat baik. Orang ramai ini bila bila masa boleh dihasut untuk bergerak ke Istana

Saya hampir tidak percaya bahawa Agong ingin menemu bual pemimpin Pakatan Harapan. Menemu bual untuk bekerja dalam syarikat apa? Untuk syarikat impot ekspot apa? Pelik tetapi benar.

Fikrah saya tertanya-tanya. Menemu bual pemimpin Pakatan Harapan ini pada hemat saya ini adalah  salah satu  manifestasi dari hasil kerja Mat Songel. Angkat sumpah sengaja lambat diperlambatkan. Jika boleh dibatalkan terus. Amin.

Minggu lalu saya wajib  mengulang ingat babak-babak ini. Ini untuk tujuan apa yang wajib  saya tulis hari ini.  Lalu saya bertanya kepada Mat Sabu. 

Saya bertanya kepada Mat Sabu kerana saya telah pernah membuat dan menyusun banyak program - jalan  raya dengan Mat Sabu. Kami sama mengatur  Bersih 2/3/4/5. Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka ada kerja seni Mat Sabu. Saya sama membantu Mat Sabu dalam projek Himpunan Kebangkitan Rakyat ini.

Ketika Kempen Jelajah PRU14 diatur, Mat Sabu adalah  sosok yang menjemput dan membolehkan saya untuk turut sama berucap di pentas Pakatan Harapan.Saya berucap atas nama Bersih. 

Paling terpaku dalam fikrah saya tentang Mat Sabu ialah ketegasan Mat Sabu. Saya tidak akan lupa dengan jawapan Mat Sabu kepada pegawai polis apabila kami ingin mengadakan demo  Bersih di Dataran Merdeka. Polis berlagak baik dengan  memberi kami tiga pilihan  tempat berhimpun.

‘ Pilihan Pertama Dataran Merdeka. Pilhanan Kedua Dataran Merdeka dan Pilihan Ketiga Dataran Merdeka.’ Jawapan Mat Sabu tuntas tepat dan jelas. Jawapan sademikian amat meyakinkan saya untuk berkerja sama ke jalan raya.  Sosok ini sekarang menjawat Menteri Pertahanan Malaysia. 

‘Apa yang berlaku pada petang Khamis itu.’

‘ Dari jam 5 kami menunggu. Kami menunggu. Awalnnya tidak bosan kerana  kami dalam Istana. Tapi dah sampai dua jam lebih …kami masih menunggu. Muka  kami makin gelisah…’ Penjelasan Mat Sabu.

‘ Awal-awal lagi  saya telah berbisik pada Tun. Tun… kita jangan keluar dari Istana ini hingga angkat sumpah..’ Ini stratiji Mat Sabu tepat dan jelas. Sama saperti memilih Dataran Merdeka sebagai tempat berdemo. Tepat dan stratijik.

‘Kemudian Agong temu bual Wan Azizah, Lim Guan Eng, Muhyiddin lepas sorang sorang. Agong tanya saya siapa yang layak jadi Perdana Menteri. Saya terangkan duduk pekara tentang surat persetujuan mengangat Dr Mahathir.”

‘ Apa lagi Agong tanya..’

‘ Lepas tu kami sembang hal Kelantan…’

Kami sesama ketawa. 

Saya terbarai ketawa  kerana saya tahu Agong ini akan  kecek lorat Kelantan dengan  Mat Sabu kerana Mat Sabu pernah dua penggal menjadi YB di Nilam Puri dan Kubang Kerian Kelantan.

Jam telah menghampiri 9. Pemimpin Pakatan Harapan makin bosan menunggu. Agong masih lok lek.  Temu bual selesai tapi lok lek masih berjalan. Projek Mat Songel sedang berjalan.

Tetiba Dr Siti Hasmah bangun dan menarik tangan Mahathir. Semua memandang. Dr. Siti Hasmah sosok yang tidak banyak  bercakap. Malah sepanjang 3 bulan saya bersama Kempen Jelajah Pakatan saya tidak pernah berbual dengan Dr Hasmah. Malah tidak  mendengar pun suara Dr Hasmah yang akan duduk dibarisan hadapan diatas  pentas ceramah.

Mahathir bangun. Pemimpin Pakatan sedar bahawa projek Mat Songel ini sedang disusun untuk memalukan Mahathir dan Siti Hasmah.  Sang isteri merasa Sang Suami sedang dimalukan. Mereka dipaksa menunggu  lebih dari tiga jam.

Pada hemat Sang Isteri yang setia masanya telah tiba untuk meledakan projek -  malukan Mahathir. Sang Isteri menarik tangan suami untuk blah.

Mahathir dan Hasmah telah bersedia bergerak  untuk meninggalkan Istana. Lim Guan Eng pantas ke hadapan menahan mereka berdua.

‘ Tun kita tunggulah… dah lama kita menunggu… dah lama kita berjuang… ( Tun Please waits.. we have been waiting for a very long time…we have been struggling for a long time…)

Apa terjadi. Apa jawapan Mahathir kepada Lim Guan Eng. Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



--------------------

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tahan berak sbb nak baca surah kau yg ditunggu2 ni.. Masa baca rasa berak ilang timbul rasa klimaks.. Ujung2 boleh plak pancut awal.. Jilake TT.

Jigit berkata...

Asyik asyik bikin suspense....dah ready nak pancut engksu jentik telor.... binawe punya TT.... kalau ditakdirkan aku mati sebelum dapat tahu cerita penglipur lara kau hingga ke penamat, tak ke naya..
.

Tanpa Nama berkata...

woi TT .. alah takat catit dalam portal berita tak best.
bila lagi lu nak buat versi movies macam "dari jempoh ke manchestee"

kali ni kalau lu buat movie "dari jalanan ke istana" ke "dari penjara ke putrajaya ke" dari "kapitalis ke sosialis" kah kah kah

mesti terlajak laris. KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

Bos ada talipon?
Bos dalam penjara pun boleh talipon?
Kencing la Isam!

Nole berkata...

Pundek. Sambung lagi. Hari isnin boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

Mmg sial la 7 keturunan mat songel ni sebab mempersendakan pilihan dan hak rakyat malaysia. Semoga sejarah akan bongkarkan siapa mat songel. Biar semua anak malaysia tahu dan ramai2 ludah ke muka dia.

panglimo potaseh berkata...

Beza YAM Bagindo Agong.. Haji Najib dan Zahid dengan Chedet.. sama seperti beza nye.. dam ular.. dam aji dan main embus tepung dgn main catur..

Tanpa Nama berkata...

Adoiii blm pancut lagi ka...

SukuSamdol berkata...

Tak habih lagi labun ko nih TT?
Tak habis2 lagi klimaks ... nak pancut tak pancut?
Baik Pachucheng tembak dinding kalau sambung lagi minggu depan.

En. Ahmad berkata...

Abam TT, hulurlah sikit tips sapa mat songel, xkan si sajat tu..