Selasa, 14 Ogos 2018

PROJEK JUAL TANAH MELAYU







SOKONG

TPPA MAMPOS

DIBUNUH TRUMP 

YANG INI

AGENDA DARI

CHINA MERAH




NGO bantah perjanjian CPTPP beri impak negatif, gugat kedaulatan negara

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membantah sekeras – kerasnya Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Bantahan itu dilakukan oleh Badan Bertindak Bantah TPPA yang diwakili oleh 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Timbalan Pengerusi Bantah TPPA, Azlan Awang berkata dengan pelaksanaan CPTPP ini boleh memberi impak negatif dengan mengugat kedaulatan negara.

“Kerajaan perlu mengadakan rundingan dengan lebih telus bersama pengusaha syarikat-syarikat tempatan agar tidak mendatangkan kerugian pada masa hadapan.

“Kerajaan digesa membatalkan perjanjian tersebut dengan kadar segera bagi mengambil kira Dasar Ekonomi Negara (DEN),” katanya ketika menghadiri sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir bersama Penolong Setiausaha Agung dan Ketua Biro Media Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Zairudin Hashim dan Setiausaha Agung Malaysian Aids Council (MAC), Elisha Kor Krishnan.


SEMUA PROJEK

NAK JUAL

TANAH MELAYU




------------------

Tiada ulasan: