INI DIA
16FEB
Mahathir, Chomsky
kongsi pentas
dalam Festival Demokrasi
Dr Mahathir Mohamad dan bijak pandai Amerika Syarikat Noam Chomsky akan berkongsi pentas dalam Festival Demokrasi di ibu negara bulan depan.
Mahathir akan menyampaikan ucap utama acara, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari akan menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Chomsky pula akan membincangkan isu politik Asia Tenggara.
Menurut penganjur Angkatan Pembaharuan Asua Tenggara (Forsea) acara itu akan berlangsung dari 13 hingga 17 Februari 2019 di Publika, Kuala Lumpur.
Anggota lembaga pengarahnya Hishamuddin Rais berkata kegiatan itu akan melibatkan pameran, festival kesenian dan 'festival penentangan'.
“Kita ada menjemput seniman-seniman, artis-artis daripada negara-negara Asia Tenggara,”ujar beliau.
Hishamuddin berkata persidangan tersebut antaranya akan membicarakan pengalaman serantau, termasuk isu Rohingya, pengalaman pertukaran rejim secara berdarah Indonesia pada 1965 dan pengalaman Kemboja di era Pol Pot.
------------------
5 ulasan:
oh nuam comski ingat nuar berahi
Kan betul gwa bilang.. 16 ni lu jumpe guru nanak lu ngan bekas musuh lu no wahida... Agak agak masyukkkkk ke tak.... Hehehehehhe
Patut la tt promote 16 feb kaw2 punya. Rupanya tt ahli lembaga pengarah. Lepas ni tt wajib tulis merakam sejarah tentang usaha tt satukan madey dan chomsky sepentas. Tt ni wajib dinobat bapak demokrasi sedunia. Kahkahkah ingat senang ke nak jemput madey dtg berucap sembang pasal demokrasi. Tt, apasal agenda reformasi 98 dan masa madey digelar mahazalim tak dibincang? Yg sibuk nak bincang kisah berdarah 1965 dan polpot tu apsal?
Kat Publika?? Poyo aah..
Nazrio dah Bagi tahu...Tak percaya..!!! poLymath2 bijaK pandai Dan uLamak berwacana secara besar2ran nanti Noam Chomsky jbah jubah2jubahan tun m mengenakan sorban aLa2 India....marhaban Noam Chomsky yaaaa marhaban
Catat Ulasan