KORBAN SYABU
HILANG TAKHTA KERANA DADAH
Ketagihan dadah merupakan satu bencana yang telah merosakkan keupayaan manusia sejak ratusan tahun yang lalu. Siapa sangka angkara najis dadah juga seorang anak raja Melayu pernah tersingkir dari takhta kesultanan sebuah negeri.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah menulis di dalam akhbar The Star (4 April 1983) mengenai tragedi yang menimpa ayahanda saudaranya, Tunku Kasim ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1863 - 1890).
Tunku Kasim merupakan putera lelaki kedua Sultan Ahmad Tajuddin (1832 - 1879) selepas putera sulung Tunku Putra Zainal Rashid (1857 - 1881). Ayahanda Tunku Abdul Rahman, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1864 - 1943) pula merupakan putera ketiga Sultan Ahmad Tajuddin.
Dari segi hierarki keutamaan, jika Sultan Ahmad Tajuddin mangkat, takhta kesultanan Kedah akan turun ke putera sulungnya Tunku Zainal Rashid, kemudian Tunku Kasim dan seterusnya Tunku Abdul Hamid, ayahanda Tunku Abdul Rahman.
Namun kerana ketagihan dadah yang amat dahsyat oleh Tunku Kasim, Sultan Ahmad Tajuddin mewasiatkan jika berlaku apa-apa terhadap Tunku Zainal Rashid sebagai Sultan Kedah, Tunku Abdul Hamid akan menjadi Sultan Kedah berikutnya, bukannya Tunku Kasim.
Ketagihan dadah yang dahsyat itu digambarkan oleh salah seorang pegawai Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Muhammad Hassan Dato' Kerani Muhammad Arshad (1868 - 1942) seperti berikut - Tunku Kasim dan kawan-kawan sekacip akan menyuntik dadah ke tubuh mereka sehingga baju yang dipakai terlekat di kulit kerana darah yang kering selepas tubuh mereka disuntik. Sebulan sekali mereka akan merendamkan tubuh mereka di dalam kolam supaya baju yang melekat itu tertanggal dari tubuh mereka.
Sultan Ahmad Tajuddin mangkat pada 1879 dan digantikan oleh Tunku Zainal Rashid bergelar Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II. Sultan Zainal Rashid II hanya sempat memerintah selama 2 tahun sebelum mangkat di usia 24 tahun.
Berlaku perebutan kuasa di kalangan para pembesar Kedah sama ada untuk melantik Tunku Kasim yang berusia 18 tahun dan mat fit tegar atau Tunku Abdul Hamid yang berusia 17 tahun.
Majoriti pembesar memilih Tunku Abdul Hamid berdasarkan wasiat Sultan Ahmad Tajuddin manakala satu lagi kelompok pembesar yang diketuai oleh Tunku Dhiyauddin @ Tunku Kudin telah melobi Tunku Kasim sebagai Sultan.
Tunku Kudin ibni Sultan Zainal Rashid I ini merupakan Tunku Kudin yang terlibat di dalam perang saudara di Klang di tahun 1870'an dan menantu kepada Sultan Abdul Samad Selangor. Pernah menjadi wizurai atau wakil Sultan di Klang pada waktu itu.
Tunku Kasim pula merupakan menantu kepada Tunku Kudin. Niat melobi menantu menjadi Sultan sudah tentu sekali dengan tujuan ingin menguasai takhta kerajaan Kedah.
Usaha melobi ini gagal dan Tunku Kudin membawa diri ke Pulau Pinang dan mangkat di sana pada tahun 1909.
Tunku Kasim pula mangkat di usia 27 tahun pada tahun 1890.
Moral of the story, jauhilah najis dadah.
--------------------
5 ulasan:
Majlis King is Cash menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang d'Pertuan Cash is King.... giliran seterusnya jatuh pada Negeri Melaka atas kelayakan King no Cash
tak guna duit rakyat
Baju tempah sendiri
Majlis keraian guna duit sendiri dan kawan
Kereta beli sendiri
Naik bas perkara biasa
Berjiwa rakyat marhain
Tak perlu ada istana
Kaki lima pun boleh tidur
Sejarah mungkin berulang
Tt tapi kenapa kalau dadah dia gemok je?ke kalau x amik dua kali ganda saiz?xnampak dia kacip pon?
On
Kacipfatimah
Dah takdak contoh lain ka..? Dok syiok balun Raja saja la nie..
Tu lah TT, asik nyakat Agong jo ..padan muko Agong dah renti. Padan muko, tahun ni tak dapek rayo ..orang yang nengok anak bulan dah renti ..padan muko ..
Catat Ulasan