Selasa, 9 April 2019

LU PIKIR SENDIRI LAH








KAH KAH KAH

RAJA KALAU 

MAKAN PETAI

KENCING  PASTI 

HARING

BERAK RAJA 

BUSUK JUGA

LU PIKIR

SENDIRILAH

Profesor kangkung dan pensyarah pembodek pengampu Umno

TERDAPAT segelintir pensyarah, profesor madya dan profesor yang membaca Perlembagaan Persekutuan dengan cara menggelapkan beberapa frasa penting yang terkandung dalam peruntukan-peruntukan tertentu untuk tujuan tertentu.

Sebagai contoh, ketika mereka menghuraikan Perkara 153 berkenaan dengan “kedudukan istimewa Orang Melayu”, mereka memadamkan terus tajuk Perkara 153 tersebut iaitu “Perizaban Kuota”. 

Mereka juga memadamkan frasa “dan kepentingan sah kaum-kaum yang lain” dalam Perkara 153(1).

Mereka juga memadamkan “perkadaran yang difikirkan munasabah” dalam Perkara 153(2).  

Hasil daripada usaha pembacaan secara songsang ini, maka mereka pun bersyarah bahawa Perkara 153 adalah untuk kepentingan orang-orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja, sementara semua orang Melayu berhak menuntut apa-apa sahaja keistimewaan dari kerajaan.  

Ketika menghuraikan kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu, mereka menggelapkan Perkara 40(1) yang berkenaan dengan hal “Yang Di Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat” dan juga Perkara 40(1A) berkenaan dengan keperluan Yang Di Pertuan Agong menerima dan mengikut nasihat tersebut.  

Selanjutnya, mereka memadamkan peruntukan-peruntukan yang sama dalam Jadual Ke-8 berkenaan kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu dan juga memadamkan frasa “Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini” di dalam Perkara 181(1).  

Hasil daripada huraian mereka yang songsang ini, maka mereka bersyarah bahawa kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu adalah melebihi daripada mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan.

Sekiranya mereka ini mengalami masalah pembacaan seperti dyslexia, mereka boleh disyorkan untuk berjumpa pakar perubatan. 

Sekiranya bebal, mereka ini boleh diajar. Akan tetapi mereka ini golongan yang dikatakan terpelajar yang mengajar di institusi pengajian tinggi. 

Maka semestinya terdapat masalah lain yang lebih mendalam.

Masalah yang sebenarnya ialah mereka ini pembodek pengampu Umno.

Ini sahaja penjelasan yang munasabah yang dapat diberikan kerana selama ini, Umno yang bersungguh-sungguh membawa dan mencanangkan wacana seperti ini.  

Apabila budaya membodek mengampu itu dijadikan teras untuk naik pangkat di universiti, maka mereka pun berlumba-lumba untuk menunjukkan mereka lebih Melayu dan lebih Umno daripada yang lain.  

Kita tidak pernah mendengar mereka ini membicarakan konsep “kuota” seperti yang tertulis dalam tajuk kepada Perkara 153.

Kita juga tidak pernah mendengar mereka ini mengupas ruang lingkup “perkadaran yang munasabah”. 

Yang selalu diulang-ulang adalah “ini adalah hak Orang Melayu, kita mesti pertahankan, kita bukan rasis kerana kita mempertahankan hak kita sendiri yang ada dalam Perlembagaan”.

Mereka juga telah menekan pensyarah-pensyarah lain agar tunduk dan akur dengan wacana sesat yang mereka bawa. 

Malah ada kes seorang pensyarah telah dicampak ke Sabah dan ke Melaka kerana menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan UiTM dikhususkan hanya untuk Bumiputera sahaja.

Dalam “kemelut” kuasa Raja-Raja Melayu ini, mereka ini juga dilihat meneruskan agenda dan propaganda Umno bahawa Umno sahaja yang melindungi Raja Melayu dan parti-parti politik selain daripada Barisan Nasional tidak boleh dipercayai.  

Maka apabila mereka membahaskan ruang lingkup kuasa Raja-Raja Melayu, mereka tidak pernah menyentuh perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu dengan pihak British yang menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pihak British. 

Mereka langsung tidak merujuk kepada perenggan 58 Laporan Suruhanjaya Reid 1957 berkenaan dengan konsep “Raja Berperlembagaan”.

Bukan itu sahaja, mereka sanggup membelakangkan peruntukan sebenar Perkara 181 dengan memberikan tanggapan bahawa seolah-olahnya “kedaulatan Raja-Raja Melayu adalah mutlak dan dilindungi Perlembagaan di bawah Perkara 181”.

Penceramah-penceramah yang selalu dijemput berceramah mengenai hal ini juga tidak pernah menyentuh sejarah feudalism dalam masyarakat Melayu. Mereka hanya gemar berceramah sekitar bagaimana pihak British telah mengiktiraf Raja-Raja Melayu sahaja.  

Disebabkan mereka ini, ramai warganegara kita yang terpengaruh dengan dakyah sesat ini.

Bagi pelajar-pelajar universiti pula, mereka juga terpengaruh dengan budaya membodek mengampu tersebut lalu mereka juga terlibat sama menjadi pembodek pengampu demi untuk memperoleh peluang dan keistimewaan yang dikecapi oleh ahli-ahli akademik pujaan mereka.   

Mereka ini telah lama bermaharajalela di universiti awam. Walaupun terdapat undang-undang yang mewajibkan ahli akademik bersifat berkecuali dan tidak aktif di dalam aktiviti politik, mereka ini kebal daripada undang-undang tersebut.

Maka ramai pensyarah dan professor yang terlibat aktif dalam Umno.  

Ada yang ghairah mengeluarkan kenyataan awam di media massa bahawa warga universiti perlu berterimakasih kepada Umno.

Ada pimpinan universiti yang berceramah “pensyarah-pensyarah yang tidak menyokong Umno tidak layak mengajar di universiti ini”.  

Ada pimpinan universiti yang selalu memanggil orang Umno seperti Lokman Adam membuat program politik di universiti.

Ada pensyarah yang memegang jawatan seperti Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian. Ada juga pensyarah yang terlibat berkempen untuk Umno dalam pilihan raya umum.

Ada juga pensyarah yang diminta untuk menulis surat akujanji bahawa beliau tidak akan menimbulkan pensyarah-pensyarah universiti yang bergiat aktif di dalam Umno sebagai isu dan syarat tersebut diletakkan sebagai satu syarat pertukaran tempat mengajar.

Sebaik sahaja pilihan raya 2018 selesai, banyak aduan dan laporan yang telah dikemukakan kepada pihak Biro Pengaduan Awam, Kementerian Pendidikan dan Menteri Pendidikan sendiri berkenaan dengan ahli-akademik tersebut.

Akan tetapi sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil.  

Bukan sahaja tiada tindakan telah diambil, malah seorang pensyarah yang telah menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno telah dinaikkan pangkat menjadi profesor penuh pada awal tahun 2019.  

Mereka ini kononnya “berjuang demi bangsa Melayu dan agama Islam” akan tetapi perjuangan yang menggunakan penipuan dan salah guna kuasa ini hanyalah semata-mata untuk kepentingan peribadi sendiri.  

Maka wajar kita bertanya kepada pihak Menteri Pendidikan:  Bila mahu ambil tindakan? – 9 April, 2019

*Mohd Nazim Ganti Shaari, pensyarah undang-undang UiTM




---------------

Tiada ulasan: