Rabu, 25 September 2019

KENG KE DUA MUNCUL







TAHNIAH

KENG

KE DUA

TIBA


Jho Low arah guna e-mel peribadi dalam urusan 1MD, TIA, kata saksi

SEORANG saksi utama mendedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengarahkan supaya  e-mel  persendirian dan Blackberry Messenger (BBM) digunakan dalam urusan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata selain berjumpa semuka dengan Jho Low,  beliau juga ada menggunakan e-mel dan Blackberry Messenger (BBM).

“E-mel rasmi saya di TIA dan 1MDB ialah shahrol.halmi@tia.com.my dan shahrol.halmi@1mdb.com.my. manakala e-mel Jho Low adalah jho.low@gmail.com.

Bagaimanapun, banyak perhubungan e-mel saya dengan Jho Low dilakukan melalui e-mel persendirian saya iaitu shahrol@gmail.com dan Jho Low menggunakan e-mel dealrainman1@gmail.com.


Penggunaan e-mel persendirian ini adalah dari arahan Jho Low sendiri kerana menurut beliau kandungan e-mel adalah sulit dan hanya untuk kegunaan kami sahaja,” katanya dalam penyataan saksinya setebal 270 muka surat ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak. 

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata beliau hanya akur terhadap permintaan itu kerana beliau percaya pada ketika itu ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan perdana menteri ketika itu.  

Shahrol Azral, 49, berkata dalam tahun 2009 hingga 2010 terutama apabila TIA dan 1MDB berurusan dengan pihak syarikat PetroSaudi International (PSI), Jho Low banyak mengeluarkan arahan dan maklumat melalui e-mel dan juga BBM untuk perkara-perkara yang penting.

“Umpamanya semasa saya meminta penjelasan mengenai syarikat Good Star Ltd. Seterusnya dalam tahun-tahun 2010 hingga 2013, Jho Low lebih gemar menggunakan e-mel dealrainman1@gmail.com untuk memberikan nasihat, arahan dan makluman daripada Najib.

Contohnya semasa pembelian IPP Jimah Energy Ventures di mana harga pembelian adalah dirunding secara terus di antara pemilik IPP Jimah dan Najib sebagai pemilik saham 1MDB,” katanya.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi hanya akur terhadap permintaan Jho Low kerana percaya pada ketika itu ia bertujuan untuk menjaga kepentingan Najib Razak ketika itu.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2019.

Saksi itu berkata beliau juga ada meminta pandangan Jho Low sebelum  berhubung dengan pihak CEO Aabar BVI iaitu Mohamed Badawy semasa mahu mewujudkan usahasama antara 1MDB dan Aabar untuk membangunkan TRX.

“Ketika itu saya menghantar e-mel ke alamat dealrainman1@gmail.com dan beliau juga membalas e-mel saya ke alamat shahrol@gmail.com. Ini disebabkan permintaan Jho Low untuk jangan menggunakan e-mel rasmi dalam perhubungan saya dengan beliau,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa  dalam pengalamannya sebagai CEO 1MDB dari tahun 2009 sehingga 2013, semua keputusan besar melibatkan perkara yang dinyatakan dalam Artikel 117 M&A (memorandum and articles) syarikat 1MDB adalah disampaikan kepadanya melalui Jho Low.

“Jho Low akan e-mel dari alamat dealrainman1@gmail.com kepada e-mel saya  di shahrol@gmail.com atau BBM kepadanya dokumen-dokumen ‘talking points’ dan ‘action plan’ yang mengandungi fakta-fakta seperti tujuan penubuhan TIA, rationale untuk membuat pinjaman dan hubungan G to G antara PSI dan 1MDB serta Aabar/IPIC dan 1MDB.

Kadang kala atau apabila ada keperluan, kami juga akan membuat perjumpaan di rumah beliau di Jalan Kia Peng bagi Jho Low menerangkan lebih lanjut tentang tindakan-tindakan susulan yang perlu saya buat,” katanya.

Beliau berkata Jho Low akan sentiasa memberitahu bahawa tindakan-tindakan ini merupakan arahan yang telah mendapat restu daripada Najib yang mana beliau membawa mandat Artikel 117 M&A untuk dilaksanakan dalam pasukan kerja ini.

“Gerak kerja ini adalah berlapis-lapis dan kami faham secara ‘need to know basis’ sahaja peranan-peranan pasukan lain yang turut berada dalam gerak kerja berlapis ini. Gerak kerja secara berlapis dan sulit ini dikenali antara sesama kami di peringkat pelaksana sebagai ‘work in silo’. Ini adalah frasa yang digunakan oleh Jho Low sendiri kepada saya,” katanya.

Kepada soalan tambahan daripada Sri Ram, Shahrol Azral berkata menurut memorandum dan artikel persatuan, lembaga pengarah mesti mendapatkan kelulusan bertulis daripada perdana menteri bagi sebarang keputusan pelaburan.  

“Oleh itu setiap apa yang beliau (Jho Low) lakukan adalah selaras dengan kehendak perdana menteri, menteri kewangan dan lembaga pengarah 1MDB.

‘”Saya sedar corak kerjanya ialah terdapat pra-perbincangan dengan pembuat keputusan bagi menentukan bahawa apa jua yang dicatatkan dalam surat-surat telahpun dicapai persetujuan dan tidak akan berdepan bantahan.

“Ini bagi membolehkan TIA dan 1MDB bertindak segera dan mengelakkan amalan kerja ‘pergi-balik’ seperti biasa berlaku,” katanya.  

Sri Ram menjawab “Typical … boomerang,” dan saksi menjawab, “Tuan sendiripun mengatakannya, bukan saya”. Ini menyebabkan mereka dalam mahkamah tertawa.

Najib, 66, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.  

Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan melakukan kesalahan itu di  AmIslamic Bank Berhad cawangan  Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 24 Februari, 2011 dan 19 Disember, 2014 sementara bagi semua tuduhan pengubahan wang haram adalah antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat yang sama.   

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama, 24 September, 2019.



BELOT

LAGI
KAH KAH


-------------

1 ulasan:

Bugis tersungkoq berkata...

Nanti satu hari nama nama mereka ni kena letak dalam buku sejarah sebagai pahlawan penyondol bontot bossku sampai bedarah.. Takde dorang takde najib kat sungai buloh hurmm..