Rabu, 25 September 2019

TERBAIK BOCORKAN SEMUA










BELOT
ALANG ALANG BELOT
BOCORKAN SEMUA
SELAMATKAN DIRI
KALAU KITA AKAN BERSAMA
NAJIB KE SUNGAI BULUH

Najib halang 1MDB diaudit, kata bekas CEO

NAJIB Razak menghalang Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan audit ke atas 1MDB pada Disember 2009, beberapa bulan selepas kerajaan persekutuan mengambil alih pemilikan dana kekayaan negara itu, kata seorang saksi di mahkamah tinggi hari ini.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya memberitahu beliau menulis sepucuk surat bertarikh 11 Disember 2009 dialamatkan kepada Najib yang juga menteri kewangan ketika itu untuk meminta audit tidak dijalankan agensi kerajaan itu.

Surat itu kemudiannya dimajukan kepada tiga individu penting ketika itu iaitu Ketua Audit Negara Ambrin Buang, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB Che Lodin Wok Kamaruddin.

Shahrol sebelum itu adalah CEO Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) yang ditubuhkan pada 27 Februari 2009. TIA kemudian mengubah namanya kepada 1MDB pada 25 September 2009, selepas diambil alih oleh Menteri Kewangan diPerbadankan (MoF Inc), yang juga diterajui Najib.

Najib sedang berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mengayakan dirinya dengan menerima suapan mencecah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama. Beliau boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun sekiranya sabit bersalah.

Ketika sesi soal balas pagi tadi, Shahrol berkata Najib mengarahkannya menerusi orang tengah 1MDB, Low Taek Jho- atau Jho Low- untuk menulis surat itu.

“Beberapa hari sebelum surat (ditulis dan dihantar), saya tak ingat bagaimana, tetapi saya terima notis bahawa MoF Inc mahu mengaudit 1MDB disebabkan pemindahan saham daripada TIA kepada kerajaan persekutuan.

“Seperti biasa, saya maklumkan Jho Low dan beliau membalas yang audit oleh JAN (Jabatan Audit Negara) boleh mendatangkan risiko politik kepada DSN (Najib). Saya kemudian mendapatkan arahan dan nasihat lanjut daripada Jho Low untuk bertanyakan kepada Datuk Seri Najib tentang apa yang saya patut buat.

“Jho Low mengarahkan saya menulis surat ini kepada Datuk Seri Najib kerana ini adalah arahan Datuk Seri Najib bagi memastikan 1MDB tidak lagi perlu diaudit.

“Surat permohonan itu kemudian dibuat berdasarkan ‘seperti mana sepatutnya’, di mana tidak ada keperluan untuk audit atau penelitian dibuat Jabatan Audit Negara.

“Saya tak terlibat dalam perbincangan awal perkara ini, tetapi saya percaya Jho Low dan Datuk Seri Najib menyemak dahulu kandungan surat itu.

“Berdasarkan apa yang saya tahu, saya percaya pengambialihan 1MDB daripada TIA…adalah untuk menyembunyikan salah laku (oleh Najib) ketika pengeluaran Nota Jangka Sederhana Islam bernilai RM5 bilion pada Mei 2009.” – 25 September, 2019.


PADAN MUKA

DATU SERI

INGAT KUASA

SAMPAI KIAMAT
KAH KAH KAH


----------

Tiada ulasan: