Rabu, 16 Oktober 2019

MINAH TAK FAHAM









MINAH NI

TAK FAHAM

PERANAN AGAMA

Islam dimonopoli pandangan terpimpin di Malaysia, kata Sisters in Islam


WACANA Islam di Malaysia dimonopoli oleh pihak tertentu saja dan tidak semua bebas untuk berhujah atau menyampaikan pandangan yang bertentangan dengan naratif arus perdana, kata Sisters In Islam (SIS).

Pengarah eksekutifnya Rozana Isa berkata monopoli itu sangat ketara sehingga menyebabkan SIS sukar mengetengahkan pandangannya mengenai hal-hal yang ia perjuangkan, dan sering pula pandangannya dianggap serong.

“Monopoli (wacana Islam) sangat jelas berlaku di negara ini. Sesiapa yang mempunyai pandangan bercanggah, bertentangan dari pandangan arus perdana akan dikatakan tidak mempunyai hak untuk sampaikan pandangan dan disuruh senyap tidak boleh bersuara.

“Kerana itu kerja kerja kami berdepan dengan kesukaran dan sukar untuk suara kami didengari kerana selalu terikat dengan fatwa,” katanya dalam satu temubual eksklusif dengan The Malaysian Insight.

Wawancara itu dibuat menjelang pelancaran kaji selidik SIS mengenai realiti yang dihadapi wanita Muslim di Malaysia hari ini. Kaji selidik itu dijalankan sejak Jun 2018 melibatkan 675 wanita dari serata negara.

Kaji selidik itu dilancarkan sempena Persidangan Islam dan Hak Asasi Wanita anjurannya selama empat hari bermula hari ini yang disertai pemikir dan aktivis Islam antarabangsa dari Indonesia, Singapura dan Thailand.

Menurut Rozana, monopoli wacara Islam tidak sepatutnya berlaku jika pentadbir agama di Malaysia benar-benar mengangkat Islam dalam dasar pentadbiran, yang memberikan semua orang  hak untuk menyatakan pandangan.

Beliau memberikan contoh isu keadilan dalam Islam, khususnya dalam soal hak wanita dan kanak-kanak.

“Kita bersyarah tentang Islam tetapi kita tidak memberikan gambaran bahawa Islam melindungi wanita dan kanak-kanak. Akhirnya, ia memberikan gambaran tidak baik tentang Islam,” kata Rozana, sambil menegaskan bahawa Islam adalah agama yang adil kepada semua.

“Kita mesti ingat bahawa Islam menegakkan keadilan. Apabila seorang wanita ke mahkamah, dia mengharapkan keadilan terutamanya selepas dia sendiri berdepan dengan ketidakadilan.”

Menurut Rozana, SIS sebenarnya tidak kisah dengan persepsi negatif masyarakat terhadapnya kerana percaya perjuangan mereka adalah untuk memberi kesedaran tentang hak asasi dan hak wanita.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Ogos lalu menolak permohonan SIS untuk mencabar fatwa pihak berkuasa agama di Selangor mengharamkan pertubuhan itu lima tahun lalu.

Rozana yakin kerajaan hari ini tidak akan membantah usaha SIS susulan keputusan mahkamah itu kerana ia lebih terbuka dan tidak menghalang kebebasan bersuara.

“Kita tak rasa ada sebab untuk pihak berkuasa tak benarkan persidangan ini, lagi pun ini mengenai hak wanita,” katanya.

Diminta mengulas persepsi umum bahawa SIS dianggap pertubuhan liberal, pengurus program Shareena Sheriff berkata terserah kepada sesiapa pun untuk meletakkan label pada mereka.

“Apa yang penting kita membawa pakar dari negara Islam lain dan mahu menunjukkan bahawa undang-undang, termasuk undang-undang Islam boleh dipinda.

“Kita bukan membandingkan siapa yang lebih Islam kerana kita semua Islam yang merujuk sumber yang sama,” katanya.

Jelas beliau, apa yang penting ialah memastikan pandangan SIS didengar jelas dan masyarakat dapat melihat keadilan. – 15 Oktober, 2019.


DARI ZAMAN

BERZAMAN 

AGAMA ADALAH

JENTERA DAULAH

UNTUK 

MENGAWAL

UNTUK KONTROL

UNTUK 

MEMBONSAI

FIKRAH UMMAT



-----------

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Sedap nye jadi lelaki islam ..idop sampai bawak kemati ..memantat je kerjenye.