Ahad, 17 Mei 2020

CABUT DARI PKR







APA DAH JADI

MAKIN RAMAI 

CABUT DARI PKR

TABIK PADA

SRIKANDI INI

KELUAR PARTI

DAN LETAK

JAWATAN


Ketua Srikandi PKR letak jawatan, keluar parti


EXCO sayap Wanita PKR yang juga ketua sayap Srikandi parti, Nurainie Haziqah Shafii mengumumkan letak jawatan dan keluar parti hari ini kerana hilang percaya terhadap perjuangan parti.

Beliau juga meletakkan jawatan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang dipegangnya atas kedudukan sebagai ahli PKR.

“Keputusan ini diambil kerana saya tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan kepada idealisme perjuangan serta hala tuju parti pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurainie mengumumkan keluar PKR ketika bekas ahli parti yang dipecat atau keluar parti sedang bergerak sebagai badan masyarakat sebelum sebuah parti baharu ditubuhkan secara rasmi.

Kebanyakan mereka yang dipecat atau keluar parti, yang jumlah mencecah lebih 600 orang, adalah kumpulan yang menyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali, yang terlibat dalam gerakan politik yang menukar kerajaan di Putrajaya dan kini di empat negeri.

Mereka kini bergerak dalam dua badan masyarakat iaitu Penggerak Komuniti Negara dan Pemuda Negara.

Awal bulan ini, Nurainie sendiri dilaporkan dilantik mengetuai sayap wanita Penggerak Komuniti Negara yang dinamakan Penggerak Wanita Muda.

The Malaysian Insight difahamkan apabila parti baharu ditubuhkan nanti Penggerak Komuniti Negara akan menjadi parti di bahagian sementara Pemuda Negara diserap sebagai sayap pemuda parti. – 17 Mei, 2020.


SRIKANDI NI

TAK GILA

BERATIP NAK

JAWATAN 

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Letak jawatan keluar parti adalah atas prinsip, integriti dan keyakinan diri demi kepentingan masyarakat. Bukan kerana tawaran atau imbohan kerana rakyat mendahului segala-galanya. Perlumbaan untuk keluar parti akan menjadi lebih hangat kerana peluang untuk berkhidmat kpd masyarakat akan menipis apabila dana khidmat sudah cukup quota.