Ahad, 26 Julai 2020

DAYA DAN USAHA







DAYA

Salam semua, baru nak naik gambar, tapi gambar2 curi keluar dahulu d media sosial dan hentam menghentam berlaku.
Tidak apa lah, memang betul Nua hadiri Majlis Pelancaran DAYA sebuah NGO baru. Nua lihat ramai juga kawan2 Reformasi yang hadir - tetapi yg pelik tu - mereka juga hadir tapi kita yg lebih mereka bantai.
Biarlah, suka hati mereka lah. Apa pun Nua bergambar dengan Che GuBard dan Amin Iskandar Semua mereka ini Nua kenal hampir lebih 20 tahun.
Tidak akan ada siapa pun yg dapat merobah pengalaman yg kami lalui sewaktu gerakan Reformasi. Kami lalui, Nua lalui - penuh sejarah. Ini sejarah dan pengalaman diri. Ia akan mengajar Nua menilai apakah yg Nua lalui ITU satu perjuangan.
Jujur banyak yang Nua lalui - dalam apa yg dikatakan perjuangan tapi sekarang tertanya - adakah semua ITU satu pengorbanan atau sebenarnya kita atau Nua yg terkorban? Adakah ITU satu perjuangan atau sebenarnya illusi harapan palsu.

Apa pun Nua terus mengambil pengalaman yg dilalui dan menjadikan pengalaman itu satu realiti pengetahuan.
Nua sedar dan Nua rasa Nua lebih matang dari sebelum ini. Apa pun Nua ucap Selamat Maju Jaya DAYA.
Nua terus belajar dan menilai apa yg dikatakan kebenaran.......terima kasih juga Alyaa Nor dan Xix Axca kerana teman Nua ke sana.


Tiada ulasan: