Rabu, 19 Ogos 2020

BUNUH JANGAN TAK BUNUH






BUDAYA UMNO

MASIH KUAT

MASIH KUKUH

AMIN

GADUH 

BERGADUH

WAJIB TERUS

JADI BUDAYA

AMIN

SAMPAI

 TERBARAI

AMIN

Bunuh diri lantik Bung Moktar ketuai pilihan raya Sabah, kata pemimpin Umno

BARISAN Nasional (BN) seperti “bunuh diri” apabila melantik Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin untuk mengetuai kempen parti dalam pilihan raya negeri pada hujung bulan depan, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman malam ini mengetuai sidang media pemimpin Umno Sabah dari 12 bahagian menyatakan pendirian menolak pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi petang tadi.

Abdul Rahman yang juga ketua Umno Tuaran berkata Bung Moktar tidak boleh mengetuai kempen Umno dan BN kerana beliau sendiri berdepan dengan masalah peribadi, merujuk kepada pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya.

“Meletakkan seorang individu yang berdepan dengan masalah mahkamah, terpaksa turun naik mahkamah … adalah strategi yang bakal memakan diri sendiri.

“Tiada parti di dunia akan letak seorang yang sedang hadapi kes mahkamah untuk ketuai parti semasa pilihan raya,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur malam ini.

Tambahnya, pelantikan Bung Moktar yang diumumkan oleh Ahmad Zahid hari ini adalah satu penghinaan bukan saja kepada Umno Sabah tetapi kepada rakyat Sabah yang akan mengundi nanti.

“Kita tidak menidakkan Bung sebagai pemimpin kami tetapi kita sedang berdepan pilihan raya, kita tidak mahu Sabah dijadikan ujian. Ini penghinaan kepada rakyat Sabah,” katanya.

Bung Moktar, 60, berdepan dua pertuduhan rasuah berjumlah hampir RM2.5 juta yang didakwa dilakukan semasa beliau memegang jawatan pengerusi Felcra. Kes itu sedang dibicarakan mahkamah di Kuala Lumpur.

Jelas Abdul Rahman, beliau dan pemimpin Umno Sabah yang bersamanya berada di Kuala Lumpur hari ini untuk bertemu dengan Ahmad Zahid untuk menyampaikan sendiri pandangan mereka.

Namun mereka tidak dapat bertemu dengan Ahmad Zahid, dan kerana itu mengadakan sidang media tersebut.

“Kami buat sidang akhbar ini kerana keputusan sudah dibuat oleh presiden,” katanya.

Jelas beliau, keputusan Ahmad Zahid itu bertentang dengan semangat autonomi yang diberikan kepada Umno Sabah.

“Autonomi Umno Sabah bermaksud keputusan berkaitan dengan hal ehwal Umno Sabah perlu dibincang dan diputuskan di peringkat kepimpinan Umno Sabah,” katanya, dan menambah, perkara itu tidak berlaku dalam hal ini.

Awal hari ini, Ahmad Zahid mengumumkan Bung Moktar akan mengetuai kempen BN dalam pilihan raya negeri pada bulan depan, termasuk menentukan rundingan kerusi dan calon ketua menteri.

Menurut Abdul Rahman, pendirian pimpinan 12 bahagian Umno Sabah yang dizahirkan pada malam ini sudah sedia diketahui oleh Ahmad Zahid.

Beliau juga berkata mereka yang membantah keputusan itu bukan hanya terhad mereka yang hadir bersamanya dalam sidang media tersebut, sebaliknya ramai pemimpin Umno negeri yang berpendirian sama.

“Jumlah ini tidak akan berkurangan tetapi akan bertambah, untuk menyelamatkan Umno. Untuk memastikan Umno Sabah kekal jadi pilihan rakyat Sabah,” katanya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai hari pengundian di Sabah, selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 30 Julai lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 12 September manakala pengundian awal pada 22 September.

Pilihan Raya Negeri Sabah diadakan selepas Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal menasihati Yang Dipertuan Negeri Juhar Mahiruddin supaya membubarkan DUN pada 30 Julai lalu.

Beliau membuat nasihat itu beberapa jam selepas bekas ketua menteri Musa Aman mendakwa ada cukup sokongan untuk menggantikan kerajaan yang diterajui Mohd Shafie. – 18 Ogos, 2020


BUNG DALAM

TIM ZAHID


TIM MAHKAMAH

KAH KAH KAH

RAHMAN DAHLAN

TIM LUAR

TAK FAHAM

POLITIK  DALAM

SUNGAI BULUH

KAH KAH KAH

BUNUH JANGAN

TAK BUNUH

BUNUH SEMUA

KULYAN 

YANI KULYAN

AMIN

1 ulasan:

Arymanchino berkata...

Dlm Umno dah lama bunuh org lain smp dah xde nak bunoh lg.Ni kena Bunoh Diri lah pula..