Isnin, 24 Ogos 2020

POLITIK GEMPAQ





INI GEMPAQ

AMIN

INI STRATIJI

AMAT BIJAK

AMIN

KENALKAN DIRI

TAK KENAL

TAK CINTA

AMIN

Ketepi soal keputusan, Pejuang mula jual jenamanya

SEMINGGU selepas berkempen, jelas tanda-tanda bahawa calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim yang kosong ekoran kematian penyandang terdahulu Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu.

Jentera BN digerakkan sepenuhnya di tujuh penempatan Felda yang merangkumi 57% undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Malah semua bahagian Umno dari seluruh negara dikerah untuk berkempen di kawasan tersebut.

Keadaan berbeza dengan calon lawan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi apabila sukar untuk melihat publisiti mengenai dirinya selain sebilangan sepanduk yang mempromosikan dirinya di kawasan bandar Slim dan jalan-jalan yang menuju ke perkampungan Felda.

Walaupun Amir mewakili parti baharu Pejuang dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini, beliau akan bertanding sebagai calon bebas sementara menunggu partinya didaftarkan.

Jadi kenapa pejuang bertanding di kerusi yang hampir mustahil untuk dimenangi?

“Slim seperti Dun Chini yang merupakan kubu kuat Umno. Kerusi ini adalah boleh dikatakan mustahil untuk dirampas walaupun tsunami menentang BN berlaku pada 2018,” kata pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali.

“Di atas kertas, amat sukar mengalahkan Umno di sini,” katanya.

Namun Mazlan yang mengajar politik sains di UTM berkata, kemenangan bukan sasaran Dr Mahathir Mohamad.

“Ini hanya platform untuk Pejuang memperkenalkan partinya kepada pengundi dan membuktikan beliau lebih berpengaruh daripada Muhyiddin Yassin,” kata Mazlan.

Beliau berkata walaupun BN dilihat pasti menang kerusi itu, tetapi ada dua perkara yang menjadi petunjuk hala tuju politik orang Melayu.

Mazlan berkata penganalisis mahu melihat bagaimana kemampuan BN dengan bantuan PAS dan sama ada Pejuang mamhu mengekalkan undi Pakatan Harapan yang diperolehi pada 2018.

Pada 2018,  Mohd Khusairi  (8,327) mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,183 undi dengan menewaskan Mohd Amran Ibrahim (6,144) dari Bersatu yang bertanding atas tiket PKR dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal (4,103).

Beliau berkata PRK Slim akan menunjukkan pengaruh Bersatu selepas Dr Mahathir dipecat daripada parti.

“Ia akan nampak tidak bagus untuk Muhyiddin jika Pejuang berjaya mengekalkan atau menambah undi di sini,” kata Mazlan.

Muhyiddin yang mengambil alih Bersatu daripada pemecatan Dr Mahathir, dilihat mahu menjadikan Perikatan Nasional sebagai gabungan rasmi.

Walaupun Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak akan menyertai gabungan Perikatan Nasional, Bersatu, PAS, MIC dan Star tetap meneruskan agenda itu dan mengadakan mesyuarat pertama pada minggu lepas.

Selain mempromosikan Pejuang, Dr Mahathir juga mahu membuktikan beliau masih mempunyai pengaruh, kata pengarah Ilham Center Hisomuddin Bakar.

“Beliau mahu menunjukkan BN bahawa beliau masih berupaya dan menentang Bersatu. Beliau mahu menunjukkan kemampuannya menjejaskan keahlian parti Bersatu,” kata Hisomuddin. – 24 Ogos, 2020.


PRK SLIM

MEMBERI MAKNA

DALAM 

AMIN

KITA LIHAT

DAN TUNGGU

AMIN

Tiada ulasan: