Isnin, 24 Ogos 2020

MATI TEGAK BERDIRI






KESEDARAN

BANI SABAH

MEMUKUL MATI

GEROMBOLAN

SEMENANJUNG

AMIN

Umno berdepan cabaran besar mahu terus hidup di Sabah


DUA setengah tahun yang lalu, satu-satunya parti untuk Bumiputera Islam di Sabah adalah Umno, kata aktivisnya Muhammad Yunos.

Bahkan semasa hari penamaan calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14, ramai orang malu memakai pakaian berwarna biru dan putih Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Yunos lagi.

Dua setengah tahun yang lalu juga, bendera berlogo keris Umno menjadi pemandangan biasa di kampung-kampung di sepanjang daerah Pantai Barat di Sabah, ia adalah daerah yang memiliki akar pengaruh yang menjalar dalam kalangan masyarakat Bajau dan Melayu, kata aktivis berusia 49 tahun dari Tuaran itu.

Namun kini, Umno yang pernah mendominasi landskap politik Sabah hanya memiliki satu kerusi dari 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya di Sabah ketika PRU14. 

Umno yang dahulu pernah memerintah Sabah kini mahu bangkit semula melalui Pilihan Raya Negeri Sabah selepas kehilangan kuasa, sumber dan anggotanya selepas Warisan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya menjatuhkan mereka ketika PRU14.

“Di beberapa kerusi seperti Sulaman, Adun Umno (Hajiji Noor) keluar parti dan membawa sekitar 60% anggota bersama beliau,” kata Yunos, yang meminta supaya hanya nama pertama digunakan kerana dia adalah seorang pegawai kerajaan negeri.

Hajiji meninggalkan Umno yang diwakili beliau dalam enam pilihan raya umum sebelum itu bagi membentuk cawangan Bersatu Sabah beberapa bulan selepas PRU14.

Dalam masa yang sama, Warisan dan sekutunya yang digelar “Warisan Plus” memerintah Sabah selama dua setengah tahun dan dalam tempoh itu juga parti pelbagai kaum diketuai Mohd Shafie Apdal turut meluaskan pengaruh mereka dalam kalangan bumiputera Muslim di Pantai Barat Sabah - sebuah kubu kuat Umno.

“Sebelum PRU14, Warisan lebih terkenal di kalangan masyarakat sub-etnik ‘bajau laut’ yang kebanyakannya tinggal di pantai timur,” kata Yunos.

Sebagai perbandingan, ‘bajau samah’ di pesisir barat pula menyokong Umno.

“Tetapi hari ini, anda lihat sendiri bajau samah masuk Warisan kerana setelah memenangi PRU14 dan memerintah negeri, Warisan telah menunjukkan dirinya sebagai alternatif yang kuat selain Umno,” kata Yunos, yang berketurunan bajau samah.

“Jadi, akan menjadi cabaran besar untuk Umno menang di Sabah untuk lawan Warisan.”

Pada PRU14, Sabah, yang pernah dianggap sebagai deposit tetap kerajaan Barisan Nasional, akhirnya kalah kepada Warisan dan sekutunya, PKR dan DAP.

Warisan memperoleh 21 dari 60 kerusi DUN sementara DAP Sabah dan PKR masing-masing memenangi enam dan dua kerusi.

Ketika enam DUN dari Upko keluar dari BN Sabah untuk menyokong Warisan, Warisan Plus berjaya memperoleh majoriti dalam dewan dan berjaya membentuk kerajaan negeri.

Sepanjang pentadbiran Warisan, Umno kehilangan satu persatu wakilnya kecuali Musa, untuk melompat ke dalam Bersatu atau Warisan.

Musa bagaimanapun kembali dalam arena politik pada akhir Julai lalu apabila beliau berjaya meyakinkan semua pembelotnya untuk kembali menyokong beliau sebagai ketua menteri.

Namun sebelum beliau sempat mengangkat sumpah, tiba-tiba pemerintahan negeri bertukar tangan, DUN Sabah dibubarkan oleh Shafie Apdal selaku ketua menteri. Pilihan raya negeri akhirnya ditetapkan pada 26 September. 

Tiada lagi angin perubahan

Temubual bersama Bumiputera Islam di pesisir pantai barat Sabah menyokong pemerhatian aktivis terhadap Umno Tuaran mengenai perubahan sikap komuniti ke atas Umno.

“Walaupun selepas Warisan hilang kuasa kerajaan negeri, ahli parti nampaknya masih kekal bersama,” kata Mubin Pelasin, penduduk Sepanggar, salah satu kawasan Parlimen di bahagian Barat negeri itu.

Sikap penduduk terhadap parti bukan Umno perlahan-lahan berubah ketika pentadbiran kerajaan Warisan Plus.

“Orang nampak yang Warisan tolong semua orang tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan parti. Saya rasa masih ada sokongan kuat terhadap Warisan di Sepanggar,” kata ahli perniagaan berusia 51 tahun itu.

Ahli politik ekonomi Firdausi Suffian berkata kemenangan Warisan di pesisir Barat Sabah seperti di Sepanggar, Kota Belud dan Papar tidak dijangka disebabkan perbezaan sentimen komuniti antara bahagian timur dan barat negeri itu.

“Orang seperti (Ahli Parlimen Sepanggar) Azis Jamman dari Pantai Timur mampu menang di Pantai Barat. Kejayaan ini mengejutkan kerana wujud perbezaan dinamik antara dua wilayah ini,” kata Firdausi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah.

Ketika pentadbirannya juga, Warisan berjaya menubuhkan cawangan baharu di seluruh Pantai Barat bagi mengukuhkan kedudukannya di situ, tambah Firdausi lagi.

Tetapi, sama ada Warisan akan berjaya mengekalkan sokongan dibinannya atau pengundi akan kembali kepada Umno Sabah hanya akan benar-benar teruji pada PRN Sabah yang berlangsung dalam persekitaran jauh berbeza berbanding PRU14.

“Wujud angin perubahan ketika PRU14 kerana pengundi mahu menghukum BN dan kerana itu Warisan dan Pakatan Harapan boleh menang. Tetapi, perasaan itu sudah tidak lagi wujud,” kata Firdausi.

Rakan Warisan, PH, pula tidak lagi berkuasa di Putrajaya, manakala Umno dan Bersatu menjadi ahli pentadbiran kerajaan persekutuan Perikatan Nasional.

Kejayaan bekas ketua menteri, Musa Aman, mendapatkan kembali sokongan mereka yang berpaling tadah ke Warisan adalah petunjuk Umno Sabah masih belum hilang taringnya.

Cabaran terbesar Umno Sabah untuk terus bernyawa adalah membentuk kerjasama dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi, calon PRN dan calon ketua menteri sekiranya menang, kata Firdausi lagi.

Perpecahan dalam pembangkang Sabah dan kemelut berpanjangan antara mereka memberikan kelebihan awal kepada Warisan Plus dalam kempen pilihan raya negeri.

“Faktor paling kritikal untuk pembangkang negeri adalah sama ada Bersatu dan Umno Sabah serta rakan BN mereka boleh bersetuju tentang siapa bakal ketua menteri mereka.” – 24 Ogos, 2020.


WARISAN SABAH

MASA DEPAN

SABAH

AMIN

CADANGAN

SHAFIE JADI PM

GELORAKAN

HATI NADI 

BANI SABAH

AMIN

Tiada ulasan: