Ahad, 13 September 2020

PENGARUH IBRAHIM ALI MAKIN MEREBAK




PENGARUH

TOK HENG

MAKIN MELUAS

AMIN

SABAH WILAYAH

PALING SUBUR

UNTUK BERUDU

DAN KATAK

KAH KAH KAH 


Sembilan 'katak' bertanding dalam PRN Sabah


SEMBILAN daripada 14 ahli politik yang secara tidak langsung menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kerana melompat parti, kembali bertanding di kawasan masing-masing.

Daripada sembilan, lima bertanding sebagai calon bebas dengan menggunakan logo termasuk kerusi, kunci dan pokok.

Baki empat lagi calon sama ada menyertai parti baharu atau kembali ke parti lama yang ditinggalkan pada 2018.

Sembilan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu merupakan mereka yang tidak lagi menyokong kerajaan Warisan dan menyatakan sokongan kepada bekas ketua menteri Musa Aman pada 29 Julai lalu.

Tindakan mereka itu menyebabkan Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal membubarkan Dun dengan perkenan Yang Dipertua Negeri dan mengadakan PRN seleaps Warisan hilang sokongan majoriti kerusi Dun.

Dalam pilihan raya kali ini, gabungan yang dikenali Warisan Plus (gabungan dengan Pakatan Harapan) berdepan cabaran Perikatan Nasional yang menggabungkan Umno Sabah dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Warisan Plus terdiri daripada Parti Warisan Sabah, DAP, PKR dan UPKO.

Perikatan pula terdiri daripada Bersatu, STAR, SAPP dan PAS manakala Umno Sabah dan MCA Sabah dan PBRS membentuk BN Sabah.

Lima pembelot yang bertanding sebagai calon bebas adalah Kenny Chua yang bertanding di Inanam, Anita Baranting di Tandek, Abdul Rahman Kongkawang di Labuk, Masiung Banah di Kuamut dan Saddi Abdul Rahman di Sukau.

Menurut laman web ‘Katak Sabah’, Chua merupakan bekas ahli PKR, Saddi merupakan bekas Umno yang menyertai Bersatu manakala Masiung merupakan bekas UPKO yang menyertai Warisan.

Baranting dan Abdul Rahman bertanding di bawah tiket PBS pada 2018 sebelum menyertai Warisan.

Baki empat lagi adalah pemimpin yang bersekutu dengan Musa Aman iaitu James Ratib bertanding di Sugut, Abidin Madingkir di Paginatan, Muis Picho di Sebatik dan Limus Jury di Kuala Penyu.

Muis dan Limu bertanding di bawah tiket Bersatu kali ini.

Pada 2018, Muis bertanding sebagai calon Umno manakala Limus di bawah UPKO.  – 12 September, 2020.


MUSA AMAN

IBU KATAK

TANDING KE?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: