Ahad, 13 September 2020

PAK MAN TELO ADA




PAK MAN TELO

SENTIASA WUJUD

Peniaga rugi lebih RM120,000 diperdaya skim pelaburan

GARA-gara ingin mendapat hasil pelaburan berganda, seorang peniaga daging mendakwa kerugian RM126,259 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di laman web, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata lelaki berusia 48 tahun itu mendakwa telah menghubungi nombor telefon pada iklan berkenaan dan berurusan dengan suspek lelaki yang memintanya membuat bayaran RM1,000 bagi memperoleh keuntungan RM500.

“Mangsa mendakwa keuntungan itu menyebabkan dia berhasrat membuat pelaburan dalam jumlah yang lebih besar dan telah membuat transaksi pemindahan wang sebanyak tiga kali ke akaun bank diberikan suspek.

“Transaksi itu melibatkan jumlah RM37,329, RM37,950 dan RM50,980. Suspek kemudian meminta mangsa memasukkan lagi wang sebanyak RM60,000, bagaimanapun mangsa enggan kerana mula berasa curiga dengan skim pelaburan itu,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, kira-kira 162 kilometer dari sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – Bernama, 13 September, 2020.

 
MAT BENGONG

DAN

MINAH TAMAK

LAHIR SETIAP

HARI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: