Khamis, 24 September 2020

YA AMPOOON ADA KES LAGI

 


 ABAM ADA KES

KES APA PULAK

KAH KAH KAH

KELMARIN DAH 

UMUM DIRI JADI PM

ARI NI ADA KES

KAH KAH KAH

INI BERAT

AMIN



Kes saya boleh rosakkan tempoh Anwar jadi PM, kata peguam

SEKIRANYA Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, tempohnya tidak lama kerana beliau akan berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung kes Lembaga Pengampunan, kata peguam yang telah mengemukakan tuntutan tersebut.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Presiden PKR itu bagi mencabar nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pihak lembaga berkenaan pada 16 Mei 2018.

Dalam satu kenyataan di Facebook beliau berkata Anwar tidak akan masuk penjara jika kalah dalam kes itu tetapi berkemungkinan hilang kerusi Parlimen Port Dickson.

“Apa akan jadi jika saya menang dalam saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Anwar Ibrahim ini? Adakah Anwar akan masuk penjara kembali (semula)? Jawapannya, tidak.

“Tetapi, Anwar akan hilang kerusi Parlimen Port Dickson secara serta merta dan beliau tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. Itu sahaja,” katanya menerusi Facebooknya hari ini. 

Anwar diberi pengampunan penuh oleh Agong pada 15 Mei 2018 sebagai sebahagian daripada janji oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Anwar berada di Hospital Rehabilitasi Cheras ketika dia dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 1,557 hari atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Bagaimanapun Khairul berkata pengampunan penuh bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Dia mendakwa bahawa Lembaga Pengampunan tidak sepenuhnya dibentuk selepas pembentukan kerajaan baharu dan mustahil lembaga itu dapat membincangkan serta memberi nasihat kepada Agong untuk membebaskan Anwar.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati Agong berkenaan rayuan pengampunan Anwar menyebabkan nasihat diberikan tidak sah dan terbatal.

Pada 21 September lalu, Anwar dan Lembaga Pengampunan gagal membatalkan saman dikemukakan Mohd Khairul Azam yang mencabar kesahan pengampunan penuh diberikan kepadanya dua tahun lalu.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Mohd Khairul Azam sebagai seorang awam dan peguam mempunyai hak di sisi undang-undang atau locus standi untuk memfailkan saman berkenaan.

Anwar dalam sidang media semalam berkata beliau mempunyai majoriti sokongan hampir dua pertiga ahli Parlimen, untuk membentuk kerajaan baharu.

Anwar berkata, beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan, berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – 23 September, 2020


 WOIT

BAGILAH ABAM

MASUK RUMAH PM

DI PUTARJAYA DULU

KAH KAH KAH

KASI CHANLAAAA

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Awanama berkata...

Gian mat suku dah ke tahap tak boleh tahan....semua nya karena dah dapat masuk rumah rasmi TPM sewaktu suami nya menjadi TPM....so mat suku kata nak up rumah rasmi PM....icing on the cake kata mat saleh...