Sabtu, 31 Oktober 2020

AMARAN UNTUK POLITIKUS

 


JANGAN SIBUK

GILA KUASA

NAK JADI

PERDANA MENTERI

AMIN

RAKYAT DALAM

DERITA

AMIN



16,000 katil untuk pesakit Covid-19, kata Kementerian Kesihatan

JUMLAH  katil untuk pesakit Covid-19 di seluruh negara ditambah menjadi lebih 16,000, iaitu pertambahan hampir separuh daripada jumlah katil sedia ada, setakat dua minggu lalu, kata Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, 40% sedang digunakan untuk kes aktif jangkitan Covid-19 yang sedang dirawat.

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan ada 10,392 kes aktif di seluruh negara.

Daripada 16,060 katil yang ada sekarang, 3,825 ditempatkan di 44 buah hospital dan dua hospital pengajar, sementara 12,235 ada di 60 pusat kuarantin dan Covid-19 berisiko rendah.

Maklumat yang dihebahkan melalui Bernama itu juga menunjukkan Sabah mempunyai 8,375 katil, dengan 47% daripada sedang diguna setakat Khamis.

Katil-katil itu ditempatkan di sembilan buah hospital Kementerian Kesihatan di Sabah yang dijadikan hospital hybrid Covid-19. Sabah mempunyai keseluruhan 24 buah hospital

Sembilan buah hospital itu mempunyai 1,007 buah katil, yang sudah 77% dipakai setakat Khamis. Baki 7,368 buah katil ditempatkan di pusat kuarantin dan Covid-19 berisiko rendah, dengan 43% daripada sudah diguna.

Jumlah katil di Sabah ini bertambah selepas hospital sementara Angkatan Tentera Malaysia di Tawau siap dan beroperasi untuk kes Covid-19 sejak 21 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga menyentuh soal jumlah dan kapasiti katil hospital untuk pesakit Covid-19 awal minggu ini.

Persatuan Perubatan Malaysia bagaimanapun berkata maklumat berkenaan tidak harus dihebahkan secara purata peratusan penggunaan kerana dikhuatiri memberikan gambaran salah tentang keadaan sebenar di zon merah. – 31 Oktober, 2020.

PAKATAN HARAPAN

DAH RUNTUH

AMIN

NI SEKALI LAGI

NAK RUNTUHKAH   KERAJAAN 

YANG  ADA 

KETIKA KOBID

SEDANG MENGGILA

PUKRAK MUKRAK



Tiada ulasan: