Isnin, 26 Oktober 2020

BAHA BAHAY BAHAYA

 



AWAS


SESAMA INGAT

BERINGAT


Malaysia rekod 1,240 kes baharu Covid-19,7 kematian


MALAYSIA sekali lagi merekodkan kes mencecah 4 digit dengan 1,240 kes jangkitan baharu dalam 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, Sabah menjadi penyumbang terbesar kes harian, yang mana sebanyak 927 atau 74.8% kes direkodkan hari ini.

Sabah kini merekodkan jumlah kes harian tertinggi untuk 20 hari berturut-turut, dengan jumlah keseluruhan kes di negeri itu kini 12,736.

Daripada 927 kes, 439 kes adalah daripada kluster Kepayan. Sementara itu Lembah Klang di semenanjung melaporkan 194 kes (15.6%).

Jumlah kes keseluruhan negara kini 27,805.

Malaysia turut melaporkan tujuh kes kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 236.

Kesemua kes kematian itu dilaporkan di Sabah.

Daripada tujuh kematian yang dilaporkan, lima adalah lelaki manakala dua lagi adalah wanita.

Mangsa paling muda berusia 27 tahun, manakala yang lain berusia 50 tahun ke atas.

Sementara itu jumlah kes pulih dilaporkan sebanyak 691 kes hari ini, 517 daripadanya adalah dari Sabah.

Jumlah kes aktif di seluruh negara kini 9,744.

94 daripada mereka kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 31 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.– 26 Oktober, 2020.


AWAS


KITA BANTU KITA

RAKYAT SOKONG

RAKYAT 

AMIN

POLITIKUS 

GILA KUASA

KHALAS



Tiada ulasan: