Khamis, 29 Oktober 2020

C5 SUDAH BOCOR

 




SUDAH


BOCOR


Siapakah C5 di belakang kerajaan PN?

Siapakah pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikenali sebagai C5, yang selama ini merancang pelbagai tindakan bagi pihak kerajaan.

Inilah persoalan yang timbul selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam tulisan di facebook beliau memaklumkan kewujudan mereka.

Puad menyebut C5 ketika mendedahkan siapakah dalang di belakang portal berita yang baru wujud yang sentiasa menyerang Umno dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dikatakan Azmin Ali adalah pay master kepada portal ini. Apakah Hamzah juga terlibat. Ada yang kata C5 terlibat.

“Bagaimana C5 terlibat. Mudah je. Bocorkan maklumat dalaman. Pusing fakta dan timbulkan provokasi. Macam ada konspirasi terancang sejak 20 September,” tulis Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Siapakah C5?

“Bukan Citroen C5. Bukan juga Chevrolet Corvete C5 bro. Bukan juga Samsung Galaxy C5. Ini kumpulan perancang strategi paling atas dalam kerajaan PN,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.

Ada yang berkata, C5 ini wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru manakala ada juga yang berkata ia wujud sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.
 
“C5 ini gabungan 5 pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan MN Plus dan berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.

Menurut sumber lain, C5 adalah lima pemimpin yang menjadi perancang kepada kerajaan PN ketika perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk dan tidak upaya untuk menjalankan semuanya kerana faktor kesihatan.

“C5 ni adalah tonggak dan perancang strategi untuk kerajaan PN. Mereka adalah Azmin Ali, Hamzah Zainuddin, Takiyuddin Hassan, Fazilah Yusof dan Hishamuddin Hussein,” kata sumber itu.

BETUL KE NI

KAH KAH KAH

ATAU INI KESAH

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ala cucur cempedak cheese. Rilek la ini meleisia beb. Kalau stress sangat nak jadi PM semua mak nenek ada konspirasi esok sewel paranoid macam Anwar. Enjoy the your fucking life. Kita hidup memang sudah susah memburuh 10 jam sehari. Jangan kasik susah lagi.