Sabtu, 10 Oktober 2020

GELOMBANG KETIGA

 


BILA KITA 

RASA SELESA

 KOBID TERUS

 MENYERANG 

AMIN



Gelombang ketiga

 Covid-19 lebih 

mencabar, 

kata KP Kesihatan

GELOMBANG ketiga pandemik Covid-19 di negara ini lebih mencabar, susulan  penularan membabitkan virus mutasi yang dikesan di Sabah dan Kedah, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

“Gelombang ketiga lebih mencabar kerana kes Covid-19 yang menular di beberapa kluster di Kedah dan Sabah sudah pun disahkan oleh makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mempunyai mutasi jenis D614G, yang lebih mudah merebak dan mempunyai kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya pada sidang media yang disiarkan langsung di Facebook hari ini.

Virus mutasi jenis D614G ditemui dalam kluster Sivagangga dan Tawar di Kedah, di mana setiap satunya telah menjangkiti 45 dan 73 orang.

Virus Covid-19 dengan mutasi jenis D614G dikatakan 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain.


Sabah sehingga kini mencatatkan 3,565 kes Covid-19 sejak pendemik itu melanda Malaysia. Daripada 354 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 274 dikesan di negeri itu.

Kesemua enam kematian hari ini juga dilaporkan di Sabah, begitu juga lima kes yang dicatatkan semalam.

Kedah hari ini merekodkan 10 kes baharu Covid-19. 

Tujuh kawasan juga diisytiharkan zon merah hari ini, satu di Kota Setar di Kedah, manakala enam di Sabah - Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu, Papar, Sandakan, Semporna, Tawau dan Tuaran.

Dr Noor Hisham bagaimananapun berkata KKM telah bersedia menghadapi gelombang ketiga penularan Covid-19, termasuk keupayaan makmal.

Malaysia katanya telah meningkatkan jumlah makmal kepada 60 berbanding sebelum ini. Ini bermakna keupayaan makmal kini melebihi 41,000 ujian sehari.

“Setakat ini kita menggunakan hanya 51% daripada kapasiti sedia ada,” katanya.

Menurutnya lagi, dengan pengalaman menangani gelombang pertama dan kedua Covid-19 sebelum ini, KKM boleh membuka pusat kuarantin berisiko rendah.

Selain itu, KKM mempunyai pakaian pelindung diri (PPE) dan alat bantuan pernafasan untuk dihantar ke Sabah. – 9 Oktober, 2020.

DAH NAK MASUK

SETAHUN BELUM 

NAMPAK 

JALAN KELUAR

AMIN



Tiada ulasan: