Rabu, 28 Oktober 2020

MAT KOBID MASIH GANAS

 




AWAS

Jumlah kes aktif Covid-19 lepasi 10,000, 8 kematian dilaporkan 

JUMLAH kes aktif Covid-19 di negara ini melepasi angka 10,000 selepas 801 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Daripada 10,123 kes aktif, 94 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 25 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Dr Noor Hisham berkata jumlah kumulatif kes kini 29,441 manakala angka kematian meningkat kepada 246.

Sabah sekali lagi merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 546 kes atau 68.2% daripada jumlah kes hari ini, diikuti Selangor (89 kes) dan Labuan (29).

Lembah Klang melaporkan 103 kes atau 12.8% daripada jumlah keseluruhan yang direkodkan hari ini.

Malaysia turut melaporkan lapan kematian dengan tujuh di Sabah dan satu di Selangor.

Mangsa paling muda adalah wanita berusia 35 tahun dan yang paling muda adalah wanita berusia 73 tahun. Kedua-dua mangsa adalah dari Sabah.

Malaysia turut merekodkan 573 kes pulih, dengan jumlah tertinggi dari Sabah (294), diikuti Selangor dan Kedah yang mana kedua-dua negeri itu melaporkan 116 kes pulih. – 28 Oktober, 2020.



JAGA

JAGA

AWAS

Tiada ulasan: