Selasa, 20 Oktober 2020

RAKYAT BODAN DENGAN POLITIKUS

 


YA AMPOOON

YA MAULANA


Rakyat meluat lihat

 ahli politik rebut kuasa,

 titah Sultan Selangor

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap kemelut politik negara yang tiada berkesudahan sehingga menimbulkan keresahan rakyat.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Muhamad Munir Bani berkata baginda turut berdukacita kerana kebanyakan ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat, ditambah dengan kedudukan ekonomi mereka yang amat terjejas oleh wabak Covid-19.

Titah baginda rakyat mula bosan dan meluat dengan segala tindak-tanduk ahli politik yang sentiasa dilihat bercakaran serta bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara.

“Ahli-ahli politik seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan penderitaan rakyat sentiasa menjadi keutamaan ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.

“Kesusahan dan penderitaan rakyat dalam kehidupan seharian perlu segera ditangani dan diselesaikan dengan mengambil pendekatan yang drastik dan efektif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, baginda mahu semua pihak terutama ahli politik untuk sentiasa bekerjasama tanpa mengira pendirian parti masing-masing dan fokus membantu rakyat serta negara menangani masalah penyebaran wabak Covid-19 termasuk membina semula ekonomi yang terjejas teruk, kata Muhamad Munir.

Katanya Sultan Sharafuddin juga mengambil maklum dan menzahirkan sokongan penuh terhadap kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat lepas (16 Oktober).

Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda menasihati rakyat khususnya ahli-ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu.

Al-Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihat kepada ahli-ahli Parlimen supaya mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh-kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat, seperti dititahkan semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Mei lepas. – Bernama, 20 Oktober, 2020.

WOIT

POLITIKUS

RAKYAT DAH 

BOSAN BOSAN

MELUAT MELUAT

MELUAT MELUAT

TAK FAHAM

LAGI

KHALAS



Tiada ulasan: