Isnin, 19 Oktober 2020

TIBAI SEPAK DUKU

 



 HARI HARI 

KENA TIBAI 

KENA SEPAK 

KENA DUKU

KAH KAH KAH

NAMPAK TEBAL 

 KULIT MUHYIDDIN

KAH KAH  KAH 

Muhyiddin perlu minta sokongan ahli Parlimen atau letak jawatan, kata Nur Jazlan

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin mesti mencontohi Dr Mahathir Mohamad yang meminta sokongan ahli Parlimen pada 1988 untuk kekal sebagai perdana menteri selepas Umno diharamkan oleh mahkamah, kata Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Ketua Umno Johor itu berkata jika Dr Mahathir berani berbuat demikian, oleh itu tidak ada yang menghalang Muhyiddin untuk melakukannya ketika beliau hanya mempunyai majoriti tipis satu dua kerusi Parlimen.  

“Dr. Mahathir sendiri berani nak dapatkan sokongan terbuka daripada ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat sebab ada undi kepercayaan kepada beliau selepas Umno diharamkan 32 tahun lalu.

“Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak mengheret Yang di-Pertuan Agong dalam kancah Parlimen, tetapi diselesaikan dalam parlimen dahulu,” katanya dalam satu temubual bersama Suara Merdeka.


Pada 1988 selepas mahkamah mengharamkan Umno, ada kekosongan jawatan perdana menteri selama beberapa hari sehingga Umno Baru ditubuhkan.

Berdasarkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Presiden MCA Dr Ling Liong Sik ketika itu harus menjadi PM seterusnya.

Bagaimanapun tidak ada watikah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Ling yang dikatakan sebagai “perdana menteri” selama 10 hari dari 4 hingga 13 Februari 1988.

Nur Jazlan juga menarik perhatian kepada isu siapa yang memimpin gerakan untuk menggulingkan perdana menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 setelah Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008.

“Bila BN dapat 140 kerusi (hanya kurang lapan kerusi lagi untuk meraih majoriti dua pertiga 148 kerusi) pada 2008, siapa di belakang tabir desak Pak Lah letak jawatan Perdana Menteri?

“Tapi apabila Najib mengetuai BN pada PRU ke-13 pada 2013 sekadar meraih 133 kerusi (lagi kurang 15 daripada 148 kerusi berbanding pada 2008), Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri tak cakap banyak masa itu. Mengapa?

“Jadi, dengan satu dua sahaja kerusi Parlimen yang menentukan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika ini, secara moralnya beliau (Muhyiddin) kena berundurlah jika diambil kira kedudukan Pak Lah pada 2008 yang dipaksa berundur dari jawatannya,” kata bekas ahli Parlimen itu. – 19 Oktober, 2020.


BERAPA LAMA

BOLEH BERTHAN

KAH KAH KAH

SEMPAT KE NAK

LULUS BUJET

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: