Rabu, 4 November 2020

MAZLEE DISOKONG

 


MAZLEE DI SOKONG


Unknown commented on

 "MAZLEE TINGGAL KASUT HITAM"

Kasut Hitam : Berfikirlah cara orang desa di pedalaman yang seringkali meranduk kelopak air yang berselur dan tidak mempunyai duit untuk membeli sabun dan kapur kasut. Bukan 100% pelajar belajar di bandar-bandar besar....fikirlah di luar kotak, fikirlah cara orang kampung. Kami berbangga dangan Maslee Malik.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pendidikan sekolah bukan semata baca buku, lulus ujian. Ia termasuk menanam nilai positif dan membentuk akhlak pelajar sejak kecil supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab dan dihormati.

Cuci kasut putih tiap minggu mengajar pelajar berdisiplin and kebersihan diri, dan menghormati diri. Kalau perkara remeh macam ni pun elak, bagaimana nak laksana perkara penting?

Tengoklah pemimpin dan politikus Malaysia sekarang. Ada yang telan duit rakyat; ada yang tak nak buat kerja tapi nak jadi perdana menteri; ada yang ajar pelajar jadi malas, pakai kasut hitam. Takkan rakyat biasa Malaysia nak anak sendiri mirip politikus dan pemimpin begini?

cikminah berkata...

Saya pun dulu orang kampung. Berjalan melalui jalan berlopak juga tetapi memakai kasut putih ke sekolah. Kasut itu diturunkan darpada kakak saya. Bila kaki saya besar, diturunkan pula kpd adik-adik saya selagi ia belum koyak-rabak. Namun, warnanya tetap kekal putih kerana pada hujung minggu saya adik-beradik mencuci kasut kami di perigi. Kemudian mengapornya guna kapor yg dijual pakai buku. Alhamdullilah, didikan menjaga kebersihan ini kekal hingga saya dewasa. Pakaian mesti bersih, pendapatan juga mesti bersih, hasil usaha sendiri, bukan hasil rasuah , dicuri atau menipu (scam)

Tahukah anda, pakai kasut hitam ini, ertinya medidik anak jadi pemalas, pengotor dan penipu..?

Kasut hitam tutup semua kekotoran. Ini mendidik anak menipu. Ia tak perlu dicuci, ini mendidil anak jadi pemalas. Sedangkan Islam meletakan kebersihan itu sebahagian dpd iman. Di mana letak keimanan kamu, kalau semua kekotoran ditutp....?????

Tanyalah semua guru di kampung. Mereka merungut, seksanya nak mendidik anak murid supaya jadi
rajin dan pembersih kerana tiada sokogan darlipada ibubapa mereka.

Sebab inilah agaknya Melayu boleh menerima banduan sebagai pemimpin mereka. Semua kesalahan boleh ditutp dgn wang ringgit.