Ahad, 6 Disember 2020

KITA MASIH DALAM BAHAYA

 



AWAS


Lembah Klang 

terus catat 

kes tertinggi Covid-19

MALAYSIA hari ini melaporkan 1,335 kes Covid-19 yang mana Lembah Klang menyumbang kes tertinggi.

Sebanyak 515 kes direkodkan di Lembah Klang. Mengikut negeri, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 337 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Ini diikuti Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing merekodkan 258 dan 250 kes.

Sementara kluster penjara dan pusat tahanan menyumbang 243 kes.

Hanya tiga daripada kes hari ini adalah kes import.

Kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan seluruh negara kini 72,694. Kini terdapat 11,039 kes aktif.

Jumlah kematian turut meningkat kepada 382 selepas Johor dan Perak mencatatkan satu kematian.

Mengenai kes pulih, 1,069 pesakit didiscaj dari hospital dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan kini 61,273.

Tiga kluster baharu turut dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

126 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi yang mana 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 6 Disember, 2020.



HATI

HATI

IKUT

SOP

Tiada ulasan: