Khamis, 3 Disember 2020

RAMAI TEWAS - AL FATIHAH

 


KITA


JAGA


KITA


AL-FATIHAH


11 kematian akibat Covid-19 hari ini

MALAYSIA melaporkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan ia kes kematian kedua tertinggi dalam sehari sejak pandemik bermula, kata Ketua Pengaah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir negara melaporkan dua digit kes kematian dalam sehari adalah pada 3 November apabila 12 maut akibat wabak itu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Selangor dan Sabah masing-masing merekodkan tiga kematian manakala Johor melaporkan dua kematian.

Dr Noor Hisham berkata, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Kelantan melaporkan satu kematian.

Kesemua 11 kematian hari ini melibatkan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini 376.

Sementara itu, beliau berkata negara merekodkan 1,075 kes baharu yang mana tiga adalah kes import.

Dr Noor Hisham berkata 948 kes pulih direkodkan hari ini menjadikan kes pulih keseluruhan 57,917.

Daripada 1,075 kes jangkitan hari ini, Selangor, Sabah, dan Johor merekodkan jumlah tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Lembah Klang merekodkan 508 kes denga Selangor melaporkan 459 kes baharu, Sabah (310) dan Johor (78).

Jumlah kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 69,095, dengan 10,802 daripadanya masih aktif.

Setakat ini, 166 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi yang mana 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 3 Disember, 2020.



AWAS

Tiada ulasan: