Isnin, 7 Disember 2020

TENGKU FRAUD BUAT HELAH

 

APA MAKNA

BERITA INI 

AMIN

JIKA TENGKU FRAUD

 BEBAS

MAKNANYA 

 KERAJAAN

 MUHYIDDIN

 UMUR TAK LAMA

AMIN

NAJIB DAN ZAHID

AKAN DATANG 

MENYERANG 

AMIN

 PERAK DAH JATUH

JOHOR 

TUNGGU MASA

 AMIN



SPRM akan siasat 'perkembangan baharu' kes Tengku Adnan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mula menyiasat “perkembangan baharu” yang disebut oleh pihak pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan Tengku Adnan Tengku Mansor, selepas beliau dibebas tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada pertuduhan rasuah.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata siasatan akan ditumpukan kepada laporan dibuat terhadap seorang saksi dalam kes tersebut.

“Kami ambil maklum keputusan bebas tanpa dilepaskan Tengku Adnan berhubung pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1 juta daripada seorang ahli perniagaaan pada 2013.

“Keputusan itu tidak bermaksud beliau dibebaskan sepenuhnya dan masih boleh didakwa pada bila-bila masa sekiranya ada persetujuan daripada Pejabat Peguam Negara.

“SPRM memahami terdapat perkembangan baharu diserahkan tertuduh dan laporan dibuat terhadap seorang saksi dalam kes ini, yang memerlukan siasatan lebih lanjut oleh SPRM.

“SPRM akan memulakan siasatan dengan perkembangan baharu dan menyerahkan semula kertas siasatan kpada Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan selepas semuanya selesai,” kata SPRM.

Tengku Adnan dituduh menerima RM1 juta daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon, yang sebelumnya mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan ahli politik itu.

Tan didenda RM1.5 juta kerana kesalahan itu.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Tengku Adnan sebagai dorongan untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd untuk menambah nisbah plot syarikat dalam projek pembangunan di Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tengku Adnan juga berdepan tuduhan lain dalam kapasitinya sebagai bekas menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM1 juta daripada Tan, melalui cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd, ketika mengetahui Tan mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Awal hari ini, ahli Parlimen Putrajaya itu diberi DNAA oleh Mahkamah Tinggi di KL.

Perbicaraan itu disambung pagi tadi tetapi pada awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim meminta agar mahkamah memberikan bekas menteri Wilayah Persekutuan keputusan dibebas tanpa dilepaskan.

Ketika mengajukan permintaan itu, beliau memetik perkembangan baharu berkaitan saksi tertentu yang telah memberi keterangan, dan siasatan harus dilakukan sebelum perbicaraan boleh dilanjutkan. – 7 Disember, 2020.

MUHYIDDIN

MAKIN BERAT

MAKIN SUSAH

BERNAFAS

AMIN



Tiada ulasan: