Rabu, 20 Januari 2021

KITA JAGA KITA

 


KITA JAGA KITA

Unknown commented on 

"SERANGAN KOBID 

SEMAKIN BIJAK"

Bukan begitu! Gomen mmg nak tutop mcm dulu tu. Tapi Gomen kesian kat rakyat kat sarikat kat peniaga jugak sian kat Gomen sendiri..kurang masyuuuk. Jadik! Kite² ni la yg perlu ingat! Usahlah melilau tak pasal². Sokong yg baik

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan macam ini kalau nak kesian kat rakyat!

Bila kebanyakan perniagaan dibenarkan beroperasi, sudah tentu orang akan pergi kerja.
Kerajaan nak suruh syarikat-syarikat Malaya ni ikut SOP? Boleh mimpi la! Puak-puak kapitalis ni mana pernah berhati-perut bila tiba kerisauan dan kegusaran kakitangan.

Sesetengah syarikat pulak mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat sekarang dengan memotong gaji kakitangan atas alasan tak ada bisnes. Secara tak langsung mengugut kakitangan kalau tak setuju dengan pemotongan gaji atau arahan cuti tanpa gaji maka kakitangan tersebut boleh letak jawatan.

Kerajaan sendiri menekan rakyat melalui i-tak-bersinar KWSP tu. Terutama bagi mereka yang tergolong dalam kategori 2 dengan menetapkan syarat pemotongan 30% baru boleh dapat. Gila apa nak tunggu sampai gaji orang di potong 30% baru nak luluskan?
Cuba bayangkan kalau mereka yang bergaji RM2,500.00 di potong 30% bermakna gaji mereka tinggal RM1,750.00. Tolak pulak EPF (kata la 11% = RM193) dah tinggal RM1,557.00 tolak pulak segala mak-nenek SOCSO la, SIP la, PCB la bagai, mungkin bersih yang tinggal dalam RM 1,300.00 jadi logik akal akan mengatakan majikan jarang akan membuat pemotongan sehingga 30% bagi pekerja bawahan. Kemungkinan mereka ini akan ditolak gaji antara 10% - 25% sahaja.
Jadi mereka tidak layak?? Boss-boss yang bergaji puluhan ribu mungkin akan ditolak 30% dan golongan ini yang layak?

Tiada kajian yang boleh menunjukan bahawa jika perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa di zaman kobid ini maka ekonomi akan terjamin. Malah logik akal akan menunjukan bahawa ekonomi akan lebih teruk. Orang pergi kerja, majikan panggil meeting, boss yang banyak duit baru balik dari shopping sakan di shopping complex masuk meeting. Jadi semua dalam bilik mesyuarat tu akan terkena jangkitan Kobid sekiranya boss tersebut dapat hadiah kobid semasa beliau bershopping. Pekerja dalam bilik mesyuarat tu pulak bila habis mesyuarat akan pergi jumpa rakan-rakan sekerja yang lain, balik rumah jumpa anak-bini pulak. Lepas tu semua terjangkit dan kompeni pun terpaksa henti operasi dan Ekonomi akan terjejas jugak.... Cuma bezanya, bertambah lagi kluster-kluster kobid baru.

Takyah nak cerita la kerajaan akan ambil tindakan bagi syarikat-syarikat yg melanggar SOP.... Sejak dari tahun lepas lagi mana pernah kita dengar syarikat-syarikat degil di ambil tindakan?

Lebih baik kuatkuasakan agar semua sektor yg tidak penting agar jangan beroperasi selama sebulan-dua, ini akan dapat merata & melandai kan lengkuk kobid dengan lebih cepat. Ya! Ekonomi akan terjejas tapi setidak-tidaknya rakyat terselamat dari penyakit.

Kita berada di satu persimpangan genting sekarang:
1) Selamatkan pendapatan dan kerja masing-masing dan berdoa harap-harap tak kena kobid.
2) Selamatkan diri masing-masing dan orang tersayang dari terkena penyakit yang belum tentu dapat atau sempat diubati.

Pilihan di tangan masing-masing. Tepuk dada tanya selera.