Ahad, 10 Januari 2021

PROJEK JATUHKAN MUHYIDIN

 


WOIT

NAZRI HANG

SENDIRI 

KELUAR TARIK

DIRI  DULU

AMIN

JADI CONTOH

AMIN

AJAK YB LAIN

AMIN

CAKAP TAK GUNA

TOK EZI

KAH KAH KAH 

ATAU 

TAKUT KES ANAK

  DIBUKA KEMBALI 

KHALAS



5 saja ahli Parlimen Umno tarik diri, PN tumbang, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata kelab penyokong ahli Parlimen Umno juga sudah pasti akan menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

“Untuk itu kita akan tarik sokongan daripada kerajaan sekarang sebab kerajaan tak stabil. Kita kena keluar secepat mungkin. 

“Majoriti mereka dua sahaja, kalau lima, enam, tujuh ahli Parlimen kita (tarik diri PN) jatuh. Tunggulah tengok.


“Boleh (tarik sokongan) tapi biar satu-satu (ahli Parlimen tarik sokongan) kita tengoklah nanti.

“Kalau menteri Umno nak duduk Kabinet (silakan, mereka) tak payah lepas jawatan, duduk diam. Kita akan buat, kelab penyokong akan buat… tunggu sahaja,” katanya, yang juga bekas menteri kabinet.

Nazri berkata demikian kepada pemberita di ibu negara, hari ini.

Umno mempunyai sembilan menteri dan lima timbalan menteri dalam Jemaah Menteri pentadbiran Muhyiddin.

Menurut Nazri, langkah menarik balik sokongan akan membolehkan pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.

“Tujuan kita ialah untuk pertama sekali cetuskan keadaan di mana terpaksa diadakan pilihan raya umum, bukan secepat mungkin, tetapi pada waktu dan masa yang sesuai. 

“Saya setuju apa Najib (Razak) cakap, lagi lama kita kekal (dalam kerajaan PN) lagi susah,” kata Nazri.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan langkah selanjutnya bagaimana perkara itu akan dilaksanakan.

“Benda macam ini tak boleh kata esok atau lusa (akan tarik sokongan), ia mungkin akan berlaku sekali atau satu-persatu, tengoklah,” tambahnya.

Jelasnya, Umno enggan menumbangkan kerajaan PN sewaktu pengundian pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

Katanya, jika perkara itu berlaku, keadaan sukar akan dilalui kerajaan selepas PN untuk mentadbir negara, ditambah penularan wabak Covid-19.

“Kita buat (luluskan Belanjawan 2021), kerajaan baru tahun ini dah ok, bajet dah lulus kerajaan baru boleh guna.

“Bajet mesti diluluskan kerana duit nak belaja tahun ini, (kalau tidak lulus) rakyat marah kita nanti kerana mereka tiada gaji. 

“Kita dah buat itu (sokong Belanjawan 2021) dan sekarang bebas nak buat apa. Kalau ada kerajaan baru pun duit dah ada. Itu alasannya,” kata Nazri.

Setakat ini Umno mempunyai 38 ahli Parlimen, termasuk 11 yang menganggotai Jemaah Menteri.

Turut terdapat ahli Parlimen Umno yang dilantik menjadi pengerusi di beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub menjadi ahli Parlimen pertama Umno yang menyatakan beliau tidak lagi menyokong kerajaan PN yang diterajui Bersatu

Dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Jazlan yang juga pengerusi Umno Kelantan berkata, langkah itu diambil demi memelihara maruah Barisan Nasional (BN).

Beliau minggu lalu turut melepaskan jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu juga berkata 189 bahagian parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang. – 9 Januari, 2021.

WOIT

LAMA LAMA

TUNGGU PASTI

KANTOI

KAH KAH KAH

MUHYIDIN AKAN

TOP UP

KAH KAH KAH

PUTEH MATA

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Samseng Nazri kata hanya 5 saja tolak boleh habis....Yiddin.

Jahid kata 189 bahagian tolak PPBM.

Puad kata 145...Mat 3.8 suku kejap kata 118 kemudian 147....bahagian tolak...

Songel pun kata ada sufficient number tapi tak bagi kat Agong...

Eh ehhhh sekarang semua dah main main nombor lak...tapi tak kena kena yang kena rakyat jugak kena klentong...

Mat 3.8 suku beri statement lebih suku dari dia punya 3.8 mahkamah tak buang kes lagi...Mat Bugis sambut tolong bagi pencerahan konon nak cover statement mat 3.8 suku tuh...

Ini geng semua masih cukup makan malah melimpah, tidur di tilam empuk, rumah selesa tahap syurga walau turun naik mahkahmah masih boleh berjacket dan bertali leher mahal harga dimana harga nya boleh lepas keluarga yang dihimpit rumah hanyut dek banjir, di halau dek tak punya wang sewa, kelaparan akibat tidak ada pendapatan....banyak lagi kes kebuluran dan kesusahan tapi geng politik suku nih tak habis lagi politik nak kekal kuasa....apa mesti ada akta supaya dihumban ahli parlimen nih semua?

Biar Ebit Liew jer jaga semua dengan syarat rakyat pantau wang dan harta negara yang keluar masuk....amacam?

Amier The Hero berkata...

Ini lagi sorang gengster yumnongok!!! Anak dgn apak sesama gengster. Kuar stetmen ikut sedap tekak depa. Kaki joli kaki betina, bagi kat depa. Yumnongok la ni lebih banyak sampah dari besi buruk. Besi buruk at least bleh jual balik, dpt gak duit. Kalu dah sampah, lori roro pun reject.. inikan rakyat malaysia yg bijak pandai. Pulaukan aje pru kalau yumnongok masih nak teruskan. Dok je rumah tgk tv sambil mkn kacang.