Khamis, 18 Februari 2021

BERITA BAIK ABAH BANGUN MELAWAN

 


BAGUS TERBAIK

AMIN

ABAH TIBAI

PUAD ZARKASI

AMIN

RAKYAT SUKA

TENGOK

ABAH TIBAI

GEROMBOLAN

KHALAS



Muhyiddin minta Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 Juta

KUALA LUMPUR –  Muhyiddin Yassin menuntut anggota Majlis Tertinggi UMNO   Mohd Puad Zarkashi  memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.

Dalam surat tuntutan dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership kepada Mohd Puad hari ini, Muhyiddin, antara lain, menuntut Mohd Puad memadam kenyataan bertarikh 9 Feb mengenai kuarantin dari laman Facebooknya.

Tuntutan itu dibuat terhadap kenyataan Mohd Puad bahawa Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Feb lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

“Kami diarahkan bahawa kenyataan tersebut mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat,” menurut surat tuntutan yang ditandatangani oleh peguam Muhyiddin.

Firma guaman itu juga diarah untuk menuntut Mohd Puad menyatakan permohonan maaf secara terbuka disiarkan secara jelas dan segera di Laman Facebooknya dan semua portal berita dan media sosial yang menyiarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.


Selain itu, Mohd Puad juga dituntut  mengeluarkan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama atau seumpama itu dalam apa jua cara sekalipun.

“Kami diarahkan untuk menuntut agar bersetuju untuk membayar pampasan kepada anak guam kami sejumlah RM10 juta dan jika gagal menunaikan tuntutan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat ini, maka kami akan mengambil tindakan guaman terhadap anda,” katanya.

Difahamkan surat tuntutan tersebut dihantar melalui e-mel dan juga diserahkan secara tangan kepada Mohd Puad hari inI.

Pada 9 Feb lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

TIBAI JANGAN

TAK TIBAI

AMIN

LEPAS INI

BIK MAMA

MASUK PENJARA

KAH KAH KAH

LAGI AFDAL

AMIN

ABAH TUNJUK

BERKUASA

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mulut puaka pun boleh ditutup.. inikan pula mulut puad...

DatoPidi berkata...

Al malikul sembab, memang sembab.
Bagi surat lawyer ni memang buang masa. Memey makan tahun.
Pi tangkap teruslah.
Kalau ada orang buat gila tangkap lagi.
Kalau penjara sungai buloh penuh tu Pulau Perak ada.
Penjarakan Najib lepas tu Zahid Hamidi lepas tu Rosmah lepas tu Isa lepastu lobakman lepas tu Anwar lepas tu otai reformasi lepas tu gerakkan bersih, confirm lepas tu takkan Ada orang nak buat gila.
Dah habis orang jahat kena penjara, baru senang nak berorganisasi.
lepas tu kalau kau nak kelepet pun tak ada siapa nak larang.