Jumaat, 19 Februari 2021

BERITA BAIK UNTUK SEMUA



BERITA BAIK

AWAS JAGA

IKUT ARAHAN

AMIN



Boleh makan lebih 2 orang semeja mulai esok

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) setuju membenarkan lebih dua orang duduk semeja di restoran mulai esok, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Semua restoran dan kedai makan di semua kawasan termasuk yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan berbuat demikian dengan syarat menjaga penjarakan fizikal satu meter antara meja, tambahnya.

Ismail Sabri turut mengumumkan kerajaan membenarkan kenderaan persendirian membawa penumpang mengikut kapasiti tempat duduk. 

Selain itu, majlis akad nikah di kawasan PKP juga boleh diadakan di masjid dan pejabat agama dengan kehadiran maksimum 20 orang tidak termasuk jurunikah dan saksi.


Bagaimanapun, majlis perlu mendapat kelulusan dari pejabat agama, katanya.

Bagi kawasan di bawah PKP Bersyarat (PKPB) pula, majlis akad nikah dibenarkan dengan kehadiran maksimun 50% mengikut keluasan premis dan penjarakan fizikal 1 meter.

Manakala SOP bagi majlis perkahwinan pasangan bukan Islam akan diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara, kata Ismail Sabri.

Bagaimanapun, semua seminar, kursus, mesyuarat, pameran, konvensyen di kawasan PKP masih tidak dibenarkan.  

Perpustakaan, pusat hiburan keluarga dan zoo di kawasan PKPB pula dibenarkan buka pada kadar 50% daripada kapasiti premis.

Dalam pada itu Ismail Sabri turut mengumumkan PKP Diperketatkan di Kg Sebako 1 & 2 di Lundu, Sarawak akan ditamatkan esok, manakala perintah sama di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah di Gerik, Perak dilanjutkan sehingga 1 Mac. – 18 Februari, 2021.



AWAS

KITA

JAGA

KITA

AMIN

Tiada ulasan: