Selasa, 16 Februari 2021

LEBIH BAIK BELOT JADI KENG

 



LEBIH BAIK BELOT

JADI KENG

KAH KAH KAH

NAJIB AKAN

MASUK PENJARA

KAH KAH KAH

KALAU LU BELOT

TAMBAH LAGI

LIMA TAHUN

KAH KAH KAH



Saya percaya Umno peroleh manfaat dari 1MDB, kata bekas CEO

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abd Rahman mengulangi pendiriannya bahawa beliau masih percaya Umno telah mendapat manfaat daripada dana kekayaan negara itu meskipun tiada bukti yang menunjukkan wang disalurkan kepada parti politik tersebut.

Mohd Hazem, 47, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa meskipun idea penubuhan 1MDB adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada Umno mungkin kedengaran tidak masuk akal namun beliau mempercayainya kerana perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada beliau di hadapan bekas Setiausaha Sulit Najib Razak iaitu Allahyarham Azlin Alias.

“Saya akan ulangi apa yang telah saya katakan sebelum ini, dalam 1MDB, ia sama ada anda mengikuti (arahan) atau sebaliknya,” kata saksi pendakwaan ke-10 itu semasa disoal balas peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu dalam kes 1MDB. 

Muhammad Shafee: Seorang lagi bekas CEO 1MDB iaitu Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak pernah menyatakan bahawa 1MDB telah ditubuhkan demi kepentingan Umno. Anda adalah saksi pertama yang berkata demikian. Mengapa pula Umno mendapat manfaat daripadanya? Bagaimana anda boleh percayakan perkara itu?


Mohd Hazem: Pada dasarnya, saya hanya mengikut arahan. Daripada perspektif perundangan, perkara itu memang tidak masuk akal.

Muhammad Shafee: Sekarang anda sedar bahawa memberikan manfaat kepada Umno sedemikian rupa adalah satu jenayah?

Mohd Hazem: Ya.

Muhammad Shafee berkata fakta bahawa Umno mendapat manfaat daripada 1MDB boleh menyebabkan ramai orang, termasuk ahli lembaga pengarah 1MDB, dihumban ke dalam penjara dan kenyataan itu dipersetujui Mohd Hazem.

Bagaimanapun, saksi itu berkata sepanjang tempoh dua tahun menjadi CEO 1MDB, beliau tidak pernah melihat sebarang bukti berkaitan manfaat yang diberikan kepada Umno atau Najib sendiri.

Mohd Hazem berkata beliau pernah meluahkan kebimbangan mengenai perkara itu (1MDB berkhidmat untuk Umno) kepada bekas Pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamaruddin. 

Muhammad Shafee kemudian berkata Mohd Hazem tidak bersikap jujur ketika mendakwa beliau terlalu takutkan Najib sehingga sanggup bertolak ansur dengan tindakan jenayah yang dilakukan dalam 1MDB dan saksi tersebut menjawab itu adalah pandangannya (ketika beliau masih menjadi CEO 1MDB).

Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, jika anda adalah sebahagian daripadanya, memang anda boleh bertolak ansur.

Mohd Hazem: Saya tak setuju.

Muhammad Shafee: Bagaimanapun, ketika anda meletak jawatan, mereka telah memberikan ganjaran berbentuk bonus kepada anda? Berapa banyak?

Mohd Hazem: Ya. Jumlah kasarnya melebihi RM2 juta.

Muhammad Shafee: Jumlahnya ialah RM2.725 juta. Tidakkah anda rasa lucu kerana bagi semua perkara jenayah yang anda diminta lakukan, anda telah diberi ganjaran sebanyak RM2.725 juta? 

Mohd Hazem: Ya.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama, 15 Februari, 2021

BAGI NAJIB

REHAT 15 TAHUN

DI SUNGAI BULUH

AMIN



Tiada ulasan: