Rabu, 3 Februari 2021

TAHNIAH SPRM

 


TAHNIAH SPRM

AMIN

DULU KITA BACA

KOPRAL AMBIL

30 RINGGIT DARI

MAT REMPIT

AMIN

SEKARANG

KITA BACA

DATUK DATIN

TAN SERI TENGKU

MAKAN RASUAH

AMIN




Kes rasuah beli asrama pelajar Mara di Australia ke mahkamah Jumaat ini, kata SPRM

AGENSI anti rasuah akan mendakwa seorang bekas pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd di mahkamah minggu ini berhubung pembelian hartanah di Melbourne, Australia untuk kegunaan asrama pelajar tajaan Mara, tujuh tahun lalu.

Ahli politik bergelar Datuk itu dijadual didakwa dengan 22 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan bekas pengerusi Mara Inc itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 11.30 pagi tadi.

“Individu itu akan dihadapkan ke mahkamah jenayah rasuah Jumaat ini dengan 22 pertuduhan rasuah,” katanya.

Beliau tidak mendedahkan nama bekas pengerusi itu sehingga pendakwaan dibuat di mahkamah.

Sementara itu, sumber SPRM memberitahu 22 pertuduhan itu melibatkan kesalahan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 atau Amla.

“Suspek lelaki berusia 65 tahun ini dikatakan telah menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc,” kata sumber SPRM kepada The Malaysian Insight.

SPRM menyiasat kes pembelian Dudley International House pihak berkuasa di Australia mendakwa rakyat negara itu yang dituduh memberi rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia berhubung pembelian asrama berkenaan.

Pada Oktober 2020, Azam memberitahu media pihaknya sudah mendapat kebenaran peguam negara untuk meneruskan pendakwaan berhubung kes itu.

“Kita sudah siapkan kertas siasatan cuma TPR (timbalan pendakwa raya) sedang meneliti kes berkenaan dan jika dipersetujui, ada yang akan dituduh di mahkamah nanti. Adalah dua, tiga orang (akan didakwa),” katanya ketika itu, tanpa menyebut nama mereka yang terlibat.

Pada 2015, akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tertinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara), seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne.

The Age mendakwa “sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya” terlebih bayar sebanyak AUS$4.75 juta (RM14.37 juta) bagi blok apartmen di bandar raya tersebut pada 2013. Wang yang terlebih bayar daripada harga belian A$17.8 itu dikatakan untuk rasuah di Malaysia.

Laporan sebelum ini juga menyebut Mara memperoleh bangunan lima tingkat Dudley International House seluas 30,279 kaki persegi selepas Mac 2013. Bangunan dengan 112 bilik asrama pelajar itu adalah untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaan Mara di Australia. – 3 Februari, 2021.


INI BARU SEKALI

KERAJAAN

BERUBAH

AMIN

BAYANGKAN

KALAU KERAJAAN

DIGANTI TIAP

LIMA TAHUN

AMIN

 PASTI

LANUN PERASUAH

SEMUA MASUK

PENJARA 

AMIN

MALAYSIA JADI

 BERSIH DARI 

PERASUAH LANUN

AMIN



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MENJADI KELU dan BISU spt baru pertama kali berdating dgn girlfriend. Selepas Isa Samad Najib Razak dan jika didapati bersalah akan dikuti pula oleh Bung Mokhtar, Zahid Hamidi, Ahmad Mazlan, bekas Pengerusi Mara dan beberapa orang kuat (dulu bukan main banyak cakap tapi sekarang dah jadi kelu serta bisu kerana nak "jumpa Mahkamah") UMNO. Ini semua orang Melayu. Sungai Buloh akan menjadi lebih meriah.

Tanpa Nama berkata...

Level Tan Sri tak sama dengan Datuk Seri :

-Tan Sri kena pakai baju Orange Datuk Seri masih bertali leher...gelaran bertambah BossCorupt
-Tan Sri angkat 3 Juta kena 15 Juta jel 6 tahun Datuk Seri sebat 45 Juta belum masuk 2 billion
-Tan Sri kena hina teruk Riza-Anak terangkat Datuk Seri tak kena baju oren
-Lebih teruk dihina Tan Sri angkat 3 Juta Riza angkat 1 billon kena bayar setengah Billion untung atas kayangan jadi anak angkat percuma setengah Billion simpan kuat!

So apa makna pangkat dan darjat nih ahhh? Pangkat hanya jadi kuat apabila ada cable yang melekat maka jaringan darjat dan pangkat perlu di optimunkan...tak caya cer tengok bagaiman negara paling miskn didunia Bnagladesh, muslim country tahap corrupt dari President kepada Chief-of-Army ke Ketua Polis dimana menteri kewangan pun tak boleh nak sailang...gi check All the President's Men...AlJazeera!

Tuh pasal DAP nih dan Mat Songel bukan pandai sangat tengok secara halus kat mana letak kuasa tuh!

Tanpa Nama berkata...

jika setiap 5tahun kerajaan rakyat berubah:
tentu malaon jamil khir terketar2 lutut semasa shopping atau main golf di amerika
sebab si celaka itu tahu yang rakyat akan audit setiap butir perbelanjaan dia.

tentu anak nazri rotweller akan gigit jari sebab tak lama selepas dia dikaitkan dengan kes bunuh bapak polisi akan ketuk pintu rumah beliau seraya berkata: walaupun ayah encik MP tapi sila ikut kami ke balai untuk kami kenal encik dengan lebih dekat.

tentu si isa, si annuar musa, si tungku freud, si jj dan lain2 akan tengok kiri kanan semasa nak kawtim rasuah.

tentu si sharizat jalil dan keluarga lembu beliau yang jadi kaya raya menipu akan segera semak pasport bila tarikh mati sebab nak tempah tiket flight untuk lari ke Timbuktu.

eh! gwa lupa si bik mama dan isteri beliau yang mendakwa dia tidak tahu sejumlah duit yang masuk ke akaun beliau. boleh jadi dia duduk dalam gua jadi tak pernah kenal apa tu buku akaun dan tak pernah kenal nombor.
itu kes klasik yang sama dengan sahabat beliau orang panggil si zahid yang boleh berbahasa jawa. itu pun bukan sebarangan penipu bab duit ringgit ini. dua ekor ini menyangka orang di Pekan dan di Bagan Datoh akan kekal bodoh sampai ke khiamat jadi boleh lantik lagi pada PRU akan datang.

adapun sekarang ini semua celaka yang di atas itu sedang ketar lutut dan berfikir cara untuk elak daripada kena cekup selagi nyawa dikandung badan.