Rabu, 3 Februari 2021

JATUH HUKUM BILA ?


 

BILA JATUH 

HUKUM?

AMIN

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH

AMIN

MANA TAHU

KALAU SAMA

PENJARA DENGAN

NAJIB DAN ZAHID 

AMIN


Isa Samad bersalah 

kes rasuah
BEKAS pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad hari ini didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam keputusannya mendapati pembelaan Isa, 71, hanya merupakan penafian semata-mata dan tertuduh juga gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Dengan ini, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munsabah terhadap tertuduh.

“Oleh itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata hakim.

Hakim berkata mahkamah juga mendapati pembelaan tertuduh bahawa saksi pendakwaan ke-21 (SP21) Muhammad Zahid Md Arip (bekas pegawai khas politik Isa) yang merupakan saksi berkepentingan mengenakan “implicated” tertuduh di dalam kes ini, adalah difikirkan kemudian.

“Pembelaan tertuduh bahawa SP21 berkomplot dengan saksi lain untuk berkongsi wang RM2 juta adalah tidak bermerit dan tidak boleh diterima,” kata hakim.

Isa didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, antara 21 Julai, 2014 dan 11 Disember, 2015.

Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala peguam Salehuddin Saidin mengetuai barisan pembelaan. – Bernama, 3 Februari, 2021.


KES FELDA

LAIN MACAM 

MANA ?

AMIN

YANG JUAL BELI

DI AUSTRALIA

APA JADI?

AMIN

SAJE TANYA

DAH KAUTIM KE?

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bekas Pengerusi FELDA ni lah yang buat FELDA rosak

Makcik Pakcik FELDA duk lagi sokong gerombolan

Elok kesalahan rasuah ni gantung sampai mati je