Rabu, 3 Februari 2021

DIMANA SILAP KITA ?


DIMANA SILAP

KITA?

AMIN

MASIH RAMAI

TIDAK MEMAHAMI

HAK PRIBADI

DAN

HAK RAMAI

AMIN



41 orang ditahan di pusat hiburan beroperasi secara haram

SERAMAI 41 orang ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Kota Damansara malam tadi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam serbuan jam 11.10 malam itu, seramai 21 lelaki warga tempatan yang merupakan pelanggan di pusat hiburan itu sedang berhibur dan mereka dikompaun RM1,000 seorang kerana kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata 20 orang lagi yang ditahan adalah pekerja premis itu, terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 warga asing.

Kesemua mereka (pekerja premis) ditahan polis, katanya dalam sebuah kenyataan. 

Nik Ezanee berkata ujian awal saringan air kencing pula mendapati tiga wanita dan dua lelaki warga asing serta seorang lelaki tempatan positif dadah jenis Methamphetamine.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati pusat hiburan itu mula beroperasi sejak tujuh hari lalu, bermula 7 malam hingga lewat pagi, dan pelanggan yang ingin hadir perlu membuat tempahan terlebih dahulu serta dikehendaki hadir sebelum 9 malam.

Pusat hiburan itu juga menetapkan supaya pelanggan tidak dibenarkan keluar dari premis sehingga lewat pagi bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa, katanya. – Bernama, 2 Februari, 2021.


KEPENTINGAN

INDIVIDU

ATAU 

KESEJAHTERAAN

 RAMAI 

AMIN  

KOBID MEMBUKA

 PELUANG 

UNTUK KITA 

MENILAI DIRI 

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang politik berdansa dan berpeluk masa prn sabah tiada siapa yang peduli.akhirnya pelanggar sop kelas politik ini mengimport penyakit berjangkit ke tempat/negeri masing² barulah nak perketatkan sop.Kalaulah kerajaan negeri boleh istihar darurat supaya tiada lagi aktiviti politik lompat katak musang pandan disabah mungkin kes covid 19 tidak melarat seperti sekarang.Bila keadaan susah dan tidak dapat dikawal tidak apalah yang penting back to basic, jangan biar orang bertindak bodoh menyusahkan kehidupan semua orang.