Selasa, 16 Mac 2021

DATUK SERI BUAT PENGUMUMAN

 


DATUK SERI

ANWAR IBRAHIM

BUAT 

SIDANG AKHBAR

MENAFIKAN 

TIGA AHLI

PARLIMEN PKR

 AKAN

KELUAR PARTI

KHALAS



Anwar Ibrahim adakan sidang media 4.30 petang

ANWAR Ibrahim dijadual mengadakan satu sidang media petang ini di tengah-tengah spekulasi kerjasama politik PKR dan Umno untuk melawan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Jemputan ke sidang media itu dikeluarkan oleh setiausaha akhbar kepada ketua pembangkang itu pagi ini.

Sidang akhbar itu dijadual diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 430 petang ini. 

Dalam wawancara yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada Ahad, Anwar mengesahkan ada rundingan politik antara PKR dan Umno, dan perbincangan awal mereka menunjukkan perkembangan positif.

“Ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (Umno) dan mereka lebih faham kita,” katanya.

Jelas Anwar, kerjasama itu boleh berlaku atas idealisme dan bukan untuk menyelamatkan kedudukan mana-mana pihak.

Dalam wawancara itu, Anwar juga bercakap mengenai idea politiknya yang menerima semua pihak.

“Ini bukan soal PKR nak terima Umno atau Umno nak terima PKR, malah perkara ini masih terlalu awal. Tapi apa yang penting, kita kena guna naratif baharu iaitu politik yang merangkul semua,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata beliau tidak maklum mengenai rundingan antara PKR dan Umno.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak mengetahui wujud rundingan dan perbincangan tidak rasmi antara parti itu dan PKR.

“Itu saya tak tahu, saya tak ada dan saya tak tahu,” katanya kepada pemberita di Masjid Tanah.

Katanya, apa yang penting baginya sekarang ialah memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang, yang dijangka akan diadakan selepas darurat berakhir. – 16 Mac, 2021.

DESAS DESUS

TERSEBAR

YB NURUL  

YB LI KANG

DAN

YB NIK NAZMI

TUBUH PARTI BARU

BERSAMA RAFIZI

AMIN

MANAKALA

YB SHAMSUL

MASIH MENUNGGU

BAYARAN 20 JUTA

UNTUK LOMPAT

PARTI

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau jgn nak malukan anwar hisam..anwar tu magrib2 dia boleh bagi kuliah, dah la micropon dia besar, segala lubang leh dengar..lubang belakang lubang depan, dah la skrg ahli2 umno taknak anwar..kau buat pulak berita rafizi dan ijah nak tubuh parti baru, anwar takkan menyerah kalah, pasti, kut2 mana pun anwar tetap akan dapat jadi PM, hanya dgn jawatan PM sahaja dia akan dpt berkhidmat kepada lubang rakyat seluruh negara.