Sabtu, 6 Mac 2021

GEROMBOLAN MAKIN BIJAK

 

GEROMBOLAN

MAKIN BIJAK

KAH KAH KAH

TERUS TIBAI

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

TAPI KUASA

MENTERI 

TAK LUCUT

KAH KAH KAH


Muhyiddin harap parti dalam kerajaan Perikatan kekal bersama 

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar semua parti politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), terus kekal bersama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagaimanapun berkata ia terpulang kepada pimpinan parti masing-masing untuk menentukan pendirian yang sebaliknya.

“Saya fikir tidak jadi apa-apa masalah walaupun kita mahu melihat gabungan parti yang ada terus kekal abadi sampai ke depan kerana rakyat suka.

“Apa pun, itu saya serahkan kepada pimpinan parti-parti lain, tapi dalam PN, Alhamdulillah keadaan masih kukuh,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Negeri Perlis, Klinik Kesihatan Kampung Gial, di Kangar hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai surat daripada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata semalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bermesyuarat dan kenyataan rasmi berhubung pendirian parti mengenai perkara itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata mesyuarat bersama pimpinan PAS juga telah diadakan dan parti itu telah menyatakan pendirian kukuh untuk terus kekal dalam PN.

“Kita rancang dan akan terus perkukuhkan kerjasama antara parti dengan tumpuan masa depan untuk pilihan raya akan datang,” katanya. – Bernama, 5 Mac, 2021.


YANG PARAH

MUHYIDIN 

TERUS KENA

TELAN AIR LIUR

BASI UMNO

KAH KAH KAH

NAK BUAT 

MACAM MANA

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

KERAJAAN RUNTUH

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah guna lantikan menteri/timb menteri dan glc yang berlambak-lambak diofer oleh piem.Biarlah dapat sokongan dari puak penunggang makan keliling, pn mahu mn pun mahu, cuma kalau PH yang berkuasa baru penunggang ada akai berguling² di padang merbuk atas alasan kerajaan meleyu isle.Bukan semua orang bodoh boleh dijaja bangsa,agama dan ideologi, akhirnya kebodohan seni berpolitaik telah membantutkan kemampuan sebenar intergrasi nasional,perpaduan bangsa² dalam negara amnya.perkara² dalam perlembagaan malaysia kalau diperguna untuk menguntungkan sebelah tidak akan membawa makna kepada sesiapa dalam lingkungan kenegaraan,cuma menguntungkan sesetengah pihak yang cuma mahu berkuasa dan menguasai tampuk kuasa negara.Diharap lenyaplah unsur politaik yang membantutkan pembangunan dan perpaduan dalam negara

Abd Halim berkata...

UMNO sebenarnya tahu kalau berada dalam PH atau bersendirian, mereka akan melepas, sebab itulah UMNO gunakan strategik menakut-nakutkan Bersatu dan PAS supaya mereka kekal dapat kerusi majoriti pada PRU nanti seterusnya kuasa dan title PM milik mereka. Agak bodoh kalau UMNO nak bergabung dengan PH yang tentunya jadi minoriti tanpa kuasa. Mungkin TSMY tahu akan hal ini dan beliau kelihatan tenang tanpa melompat panik.