Khamis, 18 Mac 2021

MAHATHIR PERLI MUHYIDIN

 


 ATOK KAU

PERLI 

ABAH KAU

KAH KAH KAH




Dr Mahathir sindir kerajaan Muhyiddin tadbir negara

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan sarkastik terhadap kerajaan Muhyiddin Yassin kerana menyalah guna ordinan darurat dan membeli wakil rakyat, antara lain.

Katanya dengan ordinan darurat yang masih berlangsung, perdana menteri boleh membuat apa sahaja, termasuk memperkenalkan undang-undang anti berita palsu dan meningkatkan nilai denda bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP). 

“Berita palsu – ciptaan Najib dibatal oleh Pakatan Harapan (PH).

“Dibawa balik oleh Muhyiddin. Kenyataan Muhyiddin setaraf kelulusan Parlimen. Sebut sahaja, jadi undang-undang.


“Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit,” kata bekas perdana menteri itu.

Beliau merujuk kepada ordinan darurat yang diwartakan minggu lepas yang memperkenalkan undang-undang anti-berita palsu berkaitan Covid-19 dan darurat yang dikuatkuasakan sejak Januari.

Orang yang didapati bersalah akan dikenakan denda tinggi dan penjara sehingga paling lama enam tahun di bawah ordinan itu sehingga daurat tamat.

Dr Mahathir turut berkata ordinan darurat telah membuatkan Muhyiddin membuat apa sahaja yang beliau mahu, termasuk menguatkan gabungan Perikatan Nasional.

Beliau mempersoalkan berapa lama kesetiaan ahli Parlimen yang kini melompat menyokong Muhyiddin akan bertahan.

Namun beliau turut berkata kesetiaan itu dibeli dengan wang ringgit.

Tambahnya, kerajaan sekarang dilihat sedang mencari jalan untuk mengenakan denda lebih tinggi terhadap rakyat bagi meningkatkan pendapatan.

“Tak cukup duit, naik denda.

“Tak bayar RM10,000 pakai baju oren (lokap), masuk dalam (penjara).

“Malaysia boleh. Darurat semua boleh. Syabas Malaysia.”

Dr Mahathir merujuk kepada denda kompaun yang dinaikkan dari RM1,000 kepada RM10,000 bagi kesalahan melanggar SOP. – 17 Mac, 2021.

TAPI NAK

BUAT APA

KAH KAH KAH

ABAH KAU

ADA KOBID

KAH KAH KAH

ADA DARURAT

KAH KAH KAH




Tiada ulasan: