Jumaat, 19 Mac 2021

MALIK HUSIN KHALID SAMAD SELAMAT

 


MALIK HUISN

KHALID SAMAD

KHALID JAAFAR

RAHMAN KOYA

RAHIM ARIF

SELAMAT

AMIN

RAMAI TAK SEDAR

ALLAH NI ADA

99 NAMA

TERMASUK

 MALIK KHALID

RAHMAN RAHIM

AMIN

TAKKAN NAK 

PAKSA MEREKA 

TUKAR NAMA

KAH KAH KAH





Sarawak benarkan semua guna kalimah Allah

Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut yang beragama Kristian di negeri ini.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negeri ini adalah sejak dari dahulu lagi.

Untuk itu, jelas kenyataan itu Kerajaan Negeri Sarawak tidak pernah melarang penggunaan kalimah Allah terhadap beragama Kristian kerana lebih mengutamakan toleransi agama setiap penduduk di negeri ini

“Sejak daripada pimpinan Abdul Taib Mahmud dan kemudian pentadbiran di bawah  Adenan Satem, dasar toleransi agama yang dibawa Kerajaan Negeri Sarawak adalah konsisten.

“Ketika ini di bawah Kerajaan GPS pimpinan Abang Johari Tun Openg tetap terus mempertahan dan memeliharanya kerana ia adalah faktor utama penyatuan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Ini terbukti apabila Sarawak menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) khusus demi menjaga kebajikan serta keperluan agama lain di negeri ini,” tegas kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, terdapat beberapa pihak sengaja menghangatkan isu ini kerana tempoh menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang semakin hampir.

Tambah kenyataan itu lagi, terdapat pihak tertentu cuba menjadi ‘hero’ dengan menjadikan kata-kata keramat Tok Nan (Pehin Sri Adenan Satem) sebagai sandaran ke atas isu ini demi meraih tumpuan rakyat.
 
“Ini adalah taktik yang digunakan bagi menimbul keraguan serta mencermarkan pendirian Kerajaan GPS terutamanya berkaitan isu sensitif seperti ini.

“Bagaimanapun, kepimpinan GPS yakin bahawa rakyat tidak akan terpengaruh dengan taktik murahan ini dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Sarawak akan terus melindungi perpaduan agama di negeri ini.

“Untuk itu masyarakat Islam, Kristian dan penganut agama lain di Sarawak sentiasa mengamalkan dan menerapkan toleransi dan menghormati antara satu sama yang lain,” ujar kenyataan itu.

Oleh demikian, tegas kenyataan itu segala dakwaan yang menyatakan Kerajaan GPS hanya berdiam diri dengan isu penggunaan kalimah Allah adalah tidak benar dan hanya mainan politik semata-mata.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi pada 10 Mac lalu telah membenarkan penganut Kristian di seluruh negara menggunakan kalimah Allah dan tiga lagi perkataan lain iaitu Baitullah, Kaabah dan Solat dalam penerbitan pendidikan agama berkenaan.
 
Namun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia di bawah Perikatan Nasional(PN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.


SALUT PADA

SARAWAK

AMIN

GARIS TEPAT

LAGI BENAR

AMIN



3 ulasan:

Arymanchino berkata...

Woi nama Allah bukan utk individu tertentu,atau bangsa tertentu atau ugama tertentu je.Kenapa hanya d Malaysia nama Allah hendak d Patern kan menjadi milik peribadi org2 Melayu atau Islam sahaja.Nanti timbul pula air dan udara hendak d patern juga kerana ini hak milik Allah..Hanya org2 Melayu dan Islam blh minum dan hirup udara..

panglimo potaseh berkata...

Ramai tak sedar binatang ternakang yang paling banyak di nogaro Islang Darol Malaya ni ado lah BABI. Dalam satu maso babi ado 1.9 juta ekor manding kobau 150 ribu jo ..lombu 600 ribu jo. Barang di ingat nogaro Kapir Jopon, Taiwan, Tumasik tak bolo babi sobab babi kohidupannyo torlalu kotor dan boley cemar alam sekitar ..yo ko. Al-Haji Mursyidol Montori Alam Sekitar kito bilo nak koluarkang dalil pasal molo babi ni ..

Tanpa Nama berkata...

first time tt follow geng taid sarawak.. Jangan la pak tt oii.. hang tak nak ka jaga nama Allah dkt semananjung... jgn la ikut taib sngt.. dia mmg la cengitu dah.. ko yg alim pun, takkan la nak selevel dgn dia... pinjam tasbih pak tt...