Selasa, 30 Mac 2021

MAT SYABU MULA MERANCANG

 



AMANAH ADA

MAT SABU 

AMIN

UMNO ADA

MAY SYABU

AMIN


Segerakan pemilihan Umno, gesa Khairy

UMNO perlu mengadakan pemilihan parti segera untuk memastikan ia mempunyai kepimpinan yang jelas dan boleh diterima oleh rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, gesa Khairy Jamaluddin.

Bekas ketua Pemuda Umno berkata Umno tidak wajar menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas pilihan raya.

“Umno mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat. 

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing (Buat benda betul), Majlis Tertinggi,” katanya, dalam satu komen pendek di Twitter.

Menurut Khairy, pemilihan parti adalah satu-satunya cara untuk menyesaikan kemelut dalaman Umno.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum,” katanya.

Barisan kepimpinan Umno sekarang dipilih pada Jun 2018 untuk mandat selama tiga tahun berakhir tahun ini.

Khairy membuat kenyataan itu selepas Umno dalam perhimpunan agungnya pada hujung minggu lalu mengesahkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberi jaminan Umno tetap akan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini dan semua jawatan akan dipertandingkan.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dalam mesyuaratnya pada 18 Januari membuat keputusan pemilihan parti bagi penggal 2021-2024 akan diadakan pada satu tarikh yang sesuai pada tahun ini.

Bagaimanapun MKT Umno dalam mesyuarat pada 19 Februari lalu mendengar cadangan supaya pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas PRU15 yang dijangka diadakan seawal Ogos ini selepas tamat tempoh darurat, lapor media.

MKT Umno bagaimanapun tidak membuat keputusan mengenainya, lapor Astro Awani.

Perlembagaan Umno memberi kuasa kepada MKT Umno untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang baharu sepatutnya diadakan.

Perhimpunan Agung Umno pada hujung minggu lalu juga memberi mandat kepada MKT Umno menentukan masa yang sesuai untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin Yassin.

Selain tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang, perhimpunan itu juga mengesahkan Umno akan bertanding sendirian menggunakan lambang Barisan Nasional. – 30 Mac, 2021. 

MAT SABU

OPPS MAAF

MAT SYABU

SEDANG

MERANCANG

KAH KAH KAH

BILA ZAHID

BILA NAJIB

MASUK PENJARA

MAKA 

MAT SABU

OPPS.. MAAF

MAT SYABU

AKAN AMBIL ALIH

AMIN



Tiada ulasan: